Wednesday, July 14, 2010

pendidikan Islam @ barat...?

Pendidikan dari perspektif islam dan barat.


Sebelum mengupas lebih lanjut mengenai pendidikan sama ada menurut islam mahupun pandangan barat, saya akan menerangkan dahulu definisi pendidikan. Pada pendapat dan hasil maklumat yang saya perolehi, pendidikan bermaksud "usaha sistematik yang sengaja, dibuat oleh sesuatu masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran kepada ahlinya, usaha memperkembangkan potensi individu dan perubahan yang berlaku dalam diri manusia ". selain itu juga pendidikan bertujuan untuk mengubah tingkah laku dan akhlak seseorang.

Islam ialah sebuah agama yang syumul. Ini bermakna agama islam adalah agama yang menyeluruh dari semua aspek termasuklah pendidikan. Selain itu, islam adalah cara hidup bagi umat islam. Dari segi pendidikan islam memberi perhatian dan tumpuan yang sepenuhnya. Hal ini kerana pendidikan dapat menjadi seorang insan itu sama ada hebat dan mantap ataupun sebaliknya. Kita menjurus kepada maksud pendidikan menurut islam. isilah yang sering digunakan dalam islam ialah tarbiyah. Kata ini berasal daripada istilah rabb, yurabbi yang bermaksud memelihara, mengatur dan memdidik. Hal ini berbeza dengan istilah ta’lim yang bermaksud menyampaikan sesuatu pengetahuan kepada ornag lain. Tarbiyah ini lebih menjurus kepada penanaman nila-nilai akhlak dan keperibadian seseorang.

Sejarah sering mengajar manusia dan tidak mustahil sejarah akan berulang kembali. Kita melihat dari sudut hikmah bagaimana Allah SWT mentarbiyah utusanNya iaitu Muhammad bin Abdullah. Bermula dengan kematian ayahandanya ketika nabi dalam kandungan ibunya. Seterusnya kematiann ibunya siti aminah ketika nabi masih kecil berusia 6 bulan. Kemudian nabi di jaga oleh atuknya sehingga atuknya meningal dunia dan setrusnya di jaga oleh pak ciknya Abu Talib. Allah mentarbiyah nabi dengan kehidupan yang sukar supaya nabi menjadi seorang yang cekal dan tabah untuk menyampaikan risalah Allah. Hal ini juga dapat menyangkal pendapat-pendapat yang buruk mengenai islam itu adalah agama yang diwariskan oleh nenek moyang nabi. Kemudian nabi di tarbiyah untuk membantu pak ciknya mengembala kambing. Jika kita dapat lihat kehidupan nabi amat berbeza daripada kehidupan remaja-remaja yang lain. Nabi berusaha keras untuk membantu pak ciknya mencari sesuap nasi. Daripada sirah nabi ini kita dapat hubung kait dengan pendidikan yang mana dapat membentuk akhlak dan keperibadian seseorang.

Dalam islam tarbiyah amat dititik beratkan. Islam tidak memisahkan agama dengan pendidikan. Seorang murabbi bertanggungjawab memelihara dan mendidik dari segi ilmu dan juga akhlak keperbadian yang luhur.

Pendidikan menurut pandangan barat.

Pendidikan barat mempunyai ragamnya tersendiri berbeza menurut pandangan islam. Seorang tokoh pendidikan Barat, John Dewey mengatakan bahwa pendidikan adalah proses pembentukan kecakapan fundamental, secara intelektual dan emosional, ke arah alam sesama manusia. Dari pendidikanlah seseorang mengalami proses pengembangan kemampuan, sikap, dan tingkah laku lainnya dalam masyarakat tempat mereka hidup.

Pendidikan barat memisahkan antara Agama dan pendidikan. Seperti yang kita tahu dalam islam agama itu berkait rapat dengan pendidikan . Barat lebih menumpukan perihal kehidupan semata-mata. Seperti yang ditulis sebelumnya bahwa tujuan pendidikan itu tidak lepas dari tujuan hidup manusia. Sebab pendidikan hanyalah suatu alat yang digunakan oleh manusia untuk memelihara kelanjutan hidupnya , baik sebagai individu mahupun sebagai masyarakat. Dengan begitu tujuan pendidikan harus berpangkal pada tujuan hidup.

Selain itu, pendidikan barat berteraskan pendidikan sekular. Seperti mana yang saya perkatakan tadi, barat memisahkan agama daripada pendidikan. Hal ini dapat kita lihat daripada banyaknya teori dan kajian-kajian yang dibuat oelh barat. Sebagai contoh, kajian tentang kejadian manusia yang di katakan berasal daripada beruk atau cipanzi. Teori menyimpang sama sekali dengan islam. Allah telah menerangkan lebih lanjut dalam Al Quran mengenai kejadian manusia.

Tambahan itu juga, barat tidak mementingkan nilai-nilai keluhuran dan akhlak seseorang. Pendidikan barat lebih tertumpu kepada akademik dan tujuan hidup semata. Hal ini dapat kita lihat keruntuhan akhlak dan sosial dalam kalangan remaja di barat. Barat lebih menekankan aspek protokol dan etika. Sifat seorang murabbi itu langsung tidak wujud dalam pendidikan barat. Oleh yang demikian, pendidikan barat lebih kepada kedunian sahaja. akan tetapi kita tidak nafikan ada juga kebaikan pendidikan barat dan secara tidak langsung Negara kita mengamalkan pendidikan barat. Selagi mana kita mampu untuk mengubahnya, kita mestilah berusaha ke arah itu.

No comments:

Post a Comment