Monday, September 17, 2012

Terus melangkah....

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmatnya dapat kita terus menghirup udara yang segar dan dapat meneruskan hidup sebagai hambaNya. Selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w dan. tidak lupa juga kepada para  sahabat nabi yang bertungkus lumus berkorban untuk menyebarkan islam serta muslimin dan muslimat yang dikasihi kerana Allah..

Rasa teruja bila melihat blog yang telah sekian lama tidak dibuka. Terasa terpanggil untuk meneruskan penulisan di blog . Saya bersyukur kepada Allah kerana saya masih diberikan kekuatan untuk menyampaikan mesej dakwah terutama dalam bidang penulisan. Pelbagai cara untuk kita menyampaikan islam kepada masyarakat. semuanya bergantung kepada kemampuan dan kelebihan masing-masing. Jika kita seorang yang pandai untuk memberikan ceramah, kita sampaikan dakwah dalam bentuk ceramah atau  sebaliknya jika kita seorang yang pandai menulis, kita sampaikan melalui penulisan yang kita buat. Asalkan matlamat kita jelas untuk menyampaikan kefahaman islam kepada masyarakat.

Sahabat-sahabat yang  dikasihi kerana Allah, bila kita melihat zaman sekarang umat islam hanya berfikir untuk selamat hidup di dunia semata-mata sehingga melupakan kehidupan  yang sebenar di akhirat. Hal ini akan menyebabkan berlaku pelbagai kerosakan dan kemusnahan dalam kalangan umat islam itu sendiri. Ibu dan ayah sibuk  mengumpul kekayaan dunia, manakala anak-anak terbiar tanpa mendapat kasih sayang dan didikan islam yang sempurna. Hasilnya akan wujud masyarakat yang rosak dan jauh dari islam.

Oleh sebab itu, islam mengajak umatnya hidup dalam landasan syariat islam. Garis panduan telah ditetapkan dalam islam. Kita kena melihat apa sebenarnya tujuan kita hidup di dunia?? adakah untuk makan dan minum semata-mata. kita hidup didunia tidak lain untuk mengabdikan diri kepada Allah swt. Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Kita kena sedar dan kembali kepada islam yang sebenar.  Mohon hidayah dan taufiq dari Allah.  semoga kita ditunjukan jalan yang benar.

Sebagai seorang mukmin bertanggungjawab diatas mukmin yang lain. Atas dasar tanggungjawab itu, kita hendaklah cuba untuk memberikan kefahaman islam yang sempurna. bukan setakat islam hanya pada ibadah sahaja malahan islam mencakupi seluruh kehidupan kita. Islam bersifat rahmah. Rahmah kepada semua makhluk yang ada dimuka bumi ini. oleh yang demikian kita mestilah berpegang teguh dengan islam.

Mohon doa daripada sahabat yang menbaca dan mengikuti blog saya agar diri ini terus istiqamah dalam menyampai dakwah islam dan jikalau ada kesalahan atau kesilapan fakta dalam penulisan saya mohon ditegur. Saya insan yang daif sentiasa mengharapkan pertolongan daripada Allah SWT. sekadar ini dahulu..insyaallah kita akan berjumpa lagi..sirru ala barakatillah..wasalam.

"HIDUP MULIA MATI SYAHID"