Thursday, November 11, 2010

Bahagian Tauhid....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...sahabat-sahabatku apa khabar kalian? Harap semua dalam keadaan sihat dan sentiasa berada di bawah rahmat Allah...Pada petang ini dengan mood exam lagi.. saya hendak berkongsi sedikit apa yang saya jawab semasa exam tadi.. Alhamdulillah apa yang saya baca masuk dalam exam..Bersyukur pada Allah yang telah memudahkan urusan hambaNya..semoga bertaut cintaku pada-MU ya Allah...Harap perkongsian ini bermanfaat kepada semua....

soalan tadi berbunyi : Berikan maksud bahagian tauhid..

Tauhid terbahagi kepada tiga bahagian

  1. Tauhid rububiyah
  2. Tauhid uluhiyah
  3. Tauhid nama dan sifat Allah
jom kita lihat maksudnya:

Tauhid rububiyah

   Ber'tiqad (menyakini) bahawa Allah adalah tuhan pencipta alam dan pentadbir, pemiliknya pemberi rezeki segala-galanya di bahawa dan pengetahuan, kehendak dan kebijaksaaanNya yang tidak terhingga.

Tauhid uluhiyah

  Ber'tidaq bahawa Allah berhak disembah, dicintai, dipatuhi, tempat untuk meminta.
menolak segala tuhan selain Allah dan mengakui serta menghayati sepenuhnya kalimah syahadah

Tauhid asma wa sifat (nama dan sifat Allah)

  Ber'tidaq bahawa Allah bersifat dengan sifat-sifat  kesempurnaan dan Maha suci Allah yang tidak bersifat dengan sifat kekurangan dan kelemahan dan nama-nama yang layak dengan kebesaranNya. Sifat-sifat Allah tidak sama dengan sifat makhlukNya

Macam mana sahabat-sahabat, saya harap jelaslah dengan takrif bahagian-bahagian Tauhid..Saya terang secara ringkas sahaja mengenai maksud di atas..Di harap semua faham dan jelas dengan konsep tauhid yang sebenar..Semoga mendapat manfaat daripada penulisan saya ini.Jikalau ada tersalah dan silap tolong betulkan. Saya juga manusia biasa yang sering melakukan kesilapan..Akhirnya, doakan saya berjaya dalam exam dan juga kehidupan samaada di dunia mahupun akhirat...

seteguh cintaku pada-MU Ya ALLAH


selamat belajar....

wasalam

Wednesday, November 10, 2010

kaedah resm uthmani dalam Al Quran

salam dan selamat sejahtera..bertemu kembali dalam blog "teratak ilmu". Bersempena dengan exam yang bakal menjelang pada esok hari, saya ingin berkongsi sedikt mengenai topik yang bakal di soal esok..Pada malam ini saya memilih subjek resm uthmani..

kaedah resm uthmani dalam Al quran..

  1. Al hazaf ( membuang huruf)
  2. Al ziadah ( menambah huruf)
  3. Penulisan hamzah
  4. Al badal mengantikan huruf dengan huruf yang lain
  5. Al fasl wa wasal menyambung dan memisahkan tulisan dan kalimah
kita lihat satu persatu makna kaedah resm uthmani

1. kaedah pembuangan atau pengurangan
     Membuang dan mengugurkan huruf hijaiah tertentu dalam struktur kalimah tertentu.

2. kaedah ziyadah atau tambahan
     Menambah huruf-huruf tertentu pada kalimah tertentu Al Quran

3. kaedah pertukaran atau pengantian
    Pertukaran pada huruf-huruf tertentu dengan huruf-huruf tertentu pada kalimah-kalimah tertentu Al Quran

4. kaedah berangkai (wasal) atau berpisah (Al fasl)
    Berangkai bermaksud penggabungan penulisan sesuatu lafaz dengan lafaz yang lain yang lazim dipisahkan
    pemisahan bermaksud pemisahan penulisan dengan lafaz yang lain yang lazimnya di tulis secara berangkai

5. kaedah penulisan huruf hamzah
    kaedah ini tidak begitu ketara kecuali hamzah-hamzah di awal kalimah... 


selamat belajar...semoga di permudahkan segala urusan..

wasalam

Roti canai satu!!.

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang 

makan...makan...makan...terasa laparlah pula bila sebut pasal makan..makan untuk hidup atau hidup untuk makan..??pening juga kepala bila fikir sampai tahap macam tu. kata seorang sahabat "selagi kita mampu makan, makan jela nanti bila sudah tua sudah tidak ada selera hendak makan" bila di fikirkan ada betulnya juga apa yang dikatakan oleh sahabat saya tu..tapikan soalan saya x terjawab lagi..makan untuk hidup atau hidup untuk makan? kadang-kadang bila makan sampai  tidak ingat  dunia..kata naqib saya "makan jangan ikut nafsu..jangan ikut sangat nafsu tu..berhenti bila sudah kenyang"  

********
Saya selalu keluar makan bersama sahabat-sahabat. ada yang kuat makan, ada juga yang bajet duit berjimat cermat. Bagi saya bila perut sudah lapar makan jela..saya cakap dekat diri saya, saya makan untuk dapatkan tenaga dan tenaga yang saya dapat boleh saya gunakan untuk beribadah mendekat diri kepada Allah..Bergantunglah pada pendapat masing-masing..semua orang berhak untuk memberikan pendapat...

*********
Panjang lebar syarah bab makan je..
sebenarnya hendak berkongsi cerita semalam pagi-pagi lagi saya dan sahabat pergi cari makanan. singgah dekat gerai kuih. sempat la juga beli kuih karipap, donut dan juga nasi lemak dua bungkus. Harga berpatutan nasi lemak rm 0.50 dan empat biji kuih rm 1.00.. "kalau nk cari kuih yg murah dtgla dkt gerai mak cik" kata penjual kuih. saya menjawab "okla mak cik terima kasih ye"

Perjalanan diteruskan mencari kedai roti canai..kedai yang kami hendak tuju tutup. kami pergi cari ke tempat lain. Hampir tiga buah kedai makan kami pergi  tidak ada roti canai. sahabat saya berkata "orang kite mcm ni la kalo nk berniaga kejap ada kejap tidak ada,,mcm mana nk untung" 

Akhirnya kami sampai dekat kedai MAMAK..."Roti canai satu!!"Alhamdulillah dapat juga makan roti canai dengan nasi lemak..Air macam biasalah air kosong je...
sempatla juga bergambar masa makan dekat kedai Mamak..

wah...sedapnyer....

sahabatku....xsabar menanti...he2
Tempat yg kami tuju.....


Makanlah untuk hidup dan bukannya hidup hanya untuk makan..Berpada-padalah dalam semua perkara. jangan terlalu berlebih-lebihan takut membazir..kerana membazir adalah saudara syaitan..
wasalam

Monday, November 8, 2010

KELEBIHAN SOLAT DHUHA

Allah SWT ber firman yang bermaksud:

Demi waktu Dhuha dan demi Malam apabila menjadi sepi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. Dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka.

(Surah al-Dhuha : 1-5 )

Antara kelebihan solat dhuha ialah :

1. Diberikan kekuatan jasmani.

    " Pada diri manusia ada 360 ruas tulang, dituntut ke atasnya untuk memberi sedekah kepada setiap satu daripada ruas-ruas tersebut.

Para sahabat bertanya, 'Siapakah yang terdaya melakukan ya Rasulullah ? ' Lalu beliau bersabda, ' Boleh juga dilakukan dengan menanam kahak di lantai masjid atau menghilangkan halangan di jalan, kalau tetap tidak dapat dilakukan makan dengan melakukan dua rakaat solat Dhuha boleh cukup baginya."

( Riwayat Ahmad dan Abu Daud dan dengan lafaz lain oleh muslim )

orang yang mengamalkan solat Dhuha tidak akan mengalami sakit ruas tulang seperti sakit kaki, sakit pinggang dan lain-lain.

2. Mendapat keampunan daripada Allah SWT

Diriwayatkan oleh Tarmizi Nabi saw bersabda : Sesiapa sahaja yang bersolat sunat dhuha dengan rutin, maka Allah akan mengampunkan dosa2nya walaupun sebanyak buih di lautan.
3. Dimurahkan rezeki
Sabda Nabi saw : Solat sunat Dhuha itu akan mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan) dan tidak ada yang akan memelihara sunat dhuha itu melainkan orang2 yang bertaubat.

DOA SOLAT DHUHA

اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ .
Maksud :
Ya Allah ! bahawasanya waktu Dhuha itu adalah waktu Dhuha-Mu, keindahan itu adalah keindahan-Mu, kecantikan itu adalah kecantikan-Mu, kekuatan itu adalah kekuatan-Mu, kekuasaan itu adalah kekuasaan-Mu, dan perlindungan itu adalah perlindungan-Mu. Ya Allah ! Ya Tuhanku, jika rezekiku berada di atas langit, maka turunkanlah, dan jika berada di dalam perut bumi maka keluarkanlah, dan jika sukar maka mudahkanlah, jika haram maka sucikanlah, jika masih jauh maka dekatkanlah. Berkat waktu Dhuha-Mu, Keagungan-Mu, Keindahan-Mu, Kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.

Selamat Beramal Supaya Kita Lebih Dekat KepadaNYA


sumber: www.solatdhuha.blogspot.com
           



Tuesday, November 2, 2010

Dilema seorang pelatih Guru

Assalamualaikum dan salam sejahtera....Apa khabar iman sahabat2ku sekalian...? harap semua dalam keadaan sihat sejahtera...terasa rindu bila sudah lama tidak menulis sesuatu dalam blog ni. alhmdulillah Allah telah memberi kelapangan masa dan semangat untuk kembali aktif menulis di blog ini

Dilema seorang pelatih Guru bilamana berhadapan dengan kehidupan sebenar bermasyarakat Alhamdulilah saya di beri peluang dapat hidup dalam suasana bermasyarakat.Dalam situasi saya pada hari ini, saya berhadapan dengan dua jenis masyarakat yang berbeza..Pertamanya semasa di kampus, saya terpaksa berhadapan dengan masyarakat kampus. Bermacam-macam ragam dan latarbelakang masyarakat yg saya terpaksa tempuhi..ada yang baik, ada juga yg nakal bermacam-macam la..Daripada situasi itu saya banyak mendapat pengalaman baru.

Kedua pula masyarakat kampung. masyarakat kampung lagi bnyak cabaran dan dugaannya..saya tinggal di kawasan kampung dekat sabak bernam selangor..hidup di kampung sgt berbeza denga kehidupan di bandar..semua aktiviti kenduri kendara kita kena pergi..kalau tidak bila kita buat kenduri tidak ada orang yg akan datang ke rumah kita.kadang2 masyarakat ambil berat terhadap perihal jiran2..mereka suka mengkritik dan menilai orang lain..ada yg baik dan ada juga yg buruk..kdg2 sampai menjadi buah mulut orang kampung. sebagai contoh, orang kampung lihat anak kita bonceng moto dengan perempuan, berita tu akan tersebar satu kampung. cerita pasal kampung, terasa macam nk blik kampung je..esok dah mula cuti..cadang nk balik kampung..Tengok la mcm mne nnti..

kesimpulannya, guru kene bijak dan berperanan di dalam masyarakat. guru adalah jurutera kepada pembentukan sahsiah pelajar..bilamana guru rosak apa pula dgn nasib anak murid??? dapatkah membina sebuah masyarakat yang hebat dan berakhlak mulia..belajar untuk bermasyarakat bukan jadi sampah masyarakat..

wasalam...


Monday, August 30, 2010

Kem Generasi Rabbani

Assalamualaikum dan salam sejahtera...rasa rindu bila dah lama tidak menulis dalam blog ini..saya harap para pembaca semua sihat-sihat belaka. pada post saya kali saya akan menceritakan sedikit sebanyak pengalaman saya ketika menjadi fesi di sebuah sekolah..

Kem Generasi Rabbani
Anjuran Alumni Maahad Al Yahyawiah
2010

suka duka sepanjang program.....
Majlis perasmian oleh pengetua sekolah





Fesi tekun mendengar ceramah

kump yang hebat lgi mantap......jgn jeles ye.....
Bersemangat kump palestin mempertahankan kubunya
kump israel x sabar2 nk serang ye....
peperangan bermula!!!!
Muslimah tidak kurang hebatnya...


ust Munzir bersama  ust Asri (pengarah program)
akhirnya...semoga prog ini di adakan lagi untuk masa akan datang .....

Thursday, August 19, 2010

Ramadhan kembali lagi....

"Hadirnya Penyuluh Hidup"

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat..ramadhan kembali lagi..Tidak terlalu lewat rasanya saya hendak mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan kepada muslimin dan muslimat. ustaz saya kata dalam bulan ramadhan orang arab akan menyebut "Ramadhan karim" apabila bertemu dengan sahabatnya. dan begitu juga sebaliknya sahabat itu akan menjawab "Allahukram". Hal ini menunjukkan bahawa Allah lebih mulia dari segala nya. 
sahabat yang di rahmati Allah sekalian,bila mana kita berbicara mengenai ramadhan kita patut rasa bersyukur kerana Allah memberikan kepada orang islam satu bulan yang penuh dengan keberkatan. di dalamnya ada malam umpama seribu bulan, turunnya Al Quran, bulan yang mana pintu-pintu surga di buka dan pintu-pintu  neraka di tutup. Persoalannya, adakah kita menggunakan peluang dan ruang yang Allah berikan kepada kita? Apa persediaan kita menghadapi bulan ramadhan? jawapan semua di tangan anda...
sahabat yang dirahmati Allah sekalian, sebagai peringatan untuk kita bersama, kita jadikanlah bulan ramadhan ini sebagai pesta ibadah. kita tingkatkan amalan ibadah, minta pengampunan daripada Allah. jangan kita ingat bulan ramadhan untuk puasa semata-mata. sebenarnya lebih daripada itu. dalam bulan yang penuh barakah ini juga kita melatih diri kita untuk melawan hawa nafsu kita. siangnya kita menahan lapar dan dahaga, malamnya pula kita berehat dengan melakukan solat sunat tarawih. kita berbuka untuk jasad kita. jangan kita melampau-lampau ketika berbuka dan kena seimbangkan juga makanan rohani dengan melakukan ibadah pada malamnya.   
Akhirnya bersama kita mencari keredhoan dan keberkatan Allah di bulan ramadhan. dan satu doa yang saidina Umar Al khatab selalu baca yang berbunyi "ya Allah berikanlah aku kelapangan masa dan kekuatan pada diriku untuk aku melakukan ibadah kepadaMu di bulan ramadhan" semoga amalan kita di terima oleh Allah SWT..

wasalam

Friday, July 16, 2010

ilmu Qiraat...

salam dan selamat sejahtera..Hari ini saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai ilmu Qiraat. Pertama sekali kita lihat definisi ilmu qiraat terlebih dahulu. Ilmu Qiraat bermaksud mengenal pasti kaedah bacaan kalimah Al quran sama ada mutawatir atau sebaliknya. Ia mestilah daripada sumber hadis yang sahih dan sanad mutawatir.

Ilmu qiraat diasaskan oleh imam Hafs ibnu Amru Ad Durri. Penulis ilmu qiraat Abu A'mir ibnu Salam. Mempelajari ilmu qiraat adalah fardhu kifayah. Selain itu juga, dalam ilmu qiraat kita dapat mengetahui dua konsep iaitu qarie dan muqri. Apa yang dimaksudkan qarie ialah seseorang yang mengetahui satu atau lebih ilmu qiraat serta mengahafal 30 juzu' Al quran manakala muqri ialah seseorang yang alim dalam ilmu qiraat.

sampai disini dahulu perkongsian ilmu mengenai  ilmu qiraat. insyaAllah kita akan bersambung lagi kemudian...

wasalam..

Wednesday, July 14, 2010

pendidikan Islam @ barat...?

Pendidikan dari perspektif islam dan barat.


Sebelum mengupas lebih lanjut mengenai pendidikan sama ada menurut islam mahupun pandangan barat, saya akan menerangkan dahulu definisi pendidikan. Pada pendapat dan hasil maklumat yang saya perolehi, pendidikan bermaksud "usaha sistematik yang sengaja, dibuat oleh sesuatu masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran kepada ahlinya, usaha memperkembangkan potensi individu dan perubahan yang berlaku dalam diri manusia ". selain itu juga pendidikan bertujuan untuk mengubah tingkah laku dan akhlak seseorang.

Islam ialah sebuah agama yang syumul. Ini bermakna agama islam adalah agama yang menyeluruh dari semua aspek termasuklah pendidikan. Selain itu, islam adalah cara hidup bagi umat islam. Dari segi pendidikan islam memberi perhatian dan tumpuan yang sepenuhnya. Hal ini kerana pendidikan dapat menjadi seorang insan itu sama ada hebat dan mantap ataupun sebaliknya. Kita menjurus kepada maksud pendidikan menurut islam. isilah yang sering digunakan dalam islam ialah tarbiyah. Kata ini berasal daripada istilah rabb, yurabbi yang bermaksud memelihara, mengatur dan memdidik. Hal ini berbeza dengan istilah ta’lim yang bermaksud menyampaikan sesuatu pengetahuan kepada ornag lain. Tarbiyah ini lebih menjurus kepada penanaman nila-nilai akhlak dan keperibadian seseorang.

Sejarah sering mengajar manusia dan tidak mustahil sejarah akan berulang kembali. Kita melihat dari sudut hikmah bagaimana Allah SWT mentarbiyah utusanNya iaitu Muhammad bin Abdullah. Bermula dengan kematian ayahandanya ketika nabi dalam kandungan ibunya. Seterusnya kematiann ibunya siti aminah ketika nabi masih kecil berusia 6 bulan. Kemudian nabi di jaga oleh atuknya sehingga atuknya meningal dunia dan setrusnya di jaga oleh pak ciknya Abu Talib. Allah mentarbiyah nabi dengan kehidupan yang sukar supaya nabi menjadi seorang yang cekal dan tabah untuk menyampaikan risalah Allah. Hal ini juga dapat menyangkal pendapat-pendapat yang buruk mengenai islam itu adalah agama yang diwariskan oleh nenek moyang nabi. Kemudian nabi di tarbiyah untuk membantu pak ciknya mengembala kambing. Jika kita dapat lihat kehidupan nabi amat berbeza daripada kehidupan remaja-remaja yang lain. Nabi berusaha keras untuk membantu pak ciknya mencari sesuap nasi. Daripada sirah nabi ini kita dapat hubung kait dengan pendidikan yang mana dapat membentuk akhlak dan keperibadian seseorang.

Dalam islam tarbiyah amat dititik beratkan. Islam tidak memisahkan agama dengan pendidikan. Seorang murabbi bertanggungjawab memelihara dan mendidik dari segi ilmu dan juga akhlak keperbadian yang luhur.

Pendidikan menurut pandangan barat.

Pendidikan barat mempunyai ragamnya tersendiri berbeza menurut pandangan islam. Seorang tokoh pendidikan Barat, John Dewey mengatakan bahwa pendidikan adalah proses pembentukan kecakapan fundamental, secara intelektual dan emosional, ke arah alam sesama manusia. Dari pendidikanlah seseorang mengalami proses pengembangan kemampuan, sikap, dan tingkah laku lainnya dalam masyarakat tempat mereka hidup.

Pendidikan barat memisahkan antara Agama dan pendidikan. Seperti yang kita tahu dalam islam agama itu berkait rapat dengan pendidikan . Barat lebih menumpukan perihal kehidupan semata-mata. Seperti yang ditulis sebelumnya bahwa tujuan pendidikan itu tidak lepas dari tujuan hidup manusia. Sebab pendidikan hanyalah suatu alat yang digunakan oleh manusia untuk memelihara kelanjutan hidupnya , baik sebagai individu mahupun sebagai masyarakat. Dengan begitu tujuan pendidikan harus berpangkal pada tujuan hidup.

Selain itu, pendidikan barat berteraskan pendidikan sekular. Seperti mana yang saya perkatakan tadi, barat memisahkan agama daripada pendidikan. Hal ini dapat kita lihat daripada banyaknya teori dan kajian-kajian yang dibuat oelh barat. Sebagai contoh, kajian tentang kejadian manusia yang di katakan berasal daripada beruk atau cipanzi. Teori menyimpang sama sekali dengan islam. Allah telah menerangkan lebih lanjut dalam Al Quran mengenai kejadian manusia.

Tambahan itu juga, barat tidak mementingkan nilai-nilai keluhuran dan akhlak seseorang. Pendidikan barat lebih tertumpu kepada akademik dan tujuan hidup semata. Hal ini dapat kita lihat keruntuhan akhlak dan sosial dalam kalangan remaja di barat. Barat lebih menekankan aspek protokol dan etika. Sifat seorang murabbi itu langsung tidak wujud dalam pendidikan barat. Oleh yang demikian, pendidikan barat lebih kepada kedunian sahaja. akan tetapi kita tidak nafikan ada juga kebaikan pendidikan barat dan secara tidak langsung Negara kita mengamalkan pendidikan barat. Selagi mana kita mampu untuk mengubahnya, kita mestilah berusaha ke arah itu.

Sunday, July 4, 2010

Cinta Di Rumah Hasan Al Banna


Buku pilihan saya..sedikit sinopsis daripada buku ini yang berbunyi "sesungguhnya pembuat dasar pergerakkan dakwah moden seperti Hasan Al Banna telah memberi contoh bahawa yang merasakan sentuhan pertama nilai pendidikan seseorang da'ie, justeru orang terdekatnya. jika ia seorang ayah , maka isteri dan anaknyalah merasakan sentuhan pertama. demikian pula ia adalah seorang ibu."

judul asal: Cinta Di Rumah Hasan Al Banna
penerbit: pustaka Da'watuna jakarta
Edisi Bahasa Malaysia: CINTA DI RUMAH HASAN AL BANNA
perterjemah: Rohayah ishak
Diterbit semula: Alam Raya enterprise 2008
pengantar:Dra. Hj Wirianingsih

Di sebalik piala Dunia...

Hati luka dan kecewa dengan kekalahan pasukan bola yang saya minati iaitu Argentina.. Saya tidak dapat menerima kekecewaan bahawa pasukan yang dibimbing oleh bekas pemain lagenda Argentina IGLESIA MARADONIANA tewas dengan pasukan German 4-0..walaubagaimanapun semua itu permainan dunia semata-mata...tetapi apa yang penting, saya ada cerita di sebalik piala dunia..anda tentu tahu keistimewaan  jurulatih argentina sehingga beliau mendapat gelaran hand of God..

sebenarnya bukan itu yang hendak saya sampaikan..agama jurulatih..ehh...silap..Agama Maradona..anda pernah dengar tentang agama maradona??? Agama maradona di cipta sendiri oleh IGLESIA MARADONIANA.saya akan menunjukan beberapa gambar mengenai agama maradona.

selain itu mereka jg mempunya 10 perintah tuhan nya sendiri yaitu :
1. Bola tidak boleh kotor, seperti telah diproklamasikan oleh D10S
2. Cinta sepakbola atas segala sesuatu
3. Menyatakan cinta tanpa syarat pada sepak bola
4. Mempertahankan warna dari argentina
5. Menyampaikan kata-kata D10S seluruh dunia
6. Berdoa di kuil-kuil di mana ia berkhotbah dan di mantel suci
7. Jangan menyatakan nama Diego di satu-satunya klub.
8. Ikuti ajaran Gereja Maradonian
9. Biarkan Diego akan nama-Mu, dan menjadi salah satu dari nama anak-anak Anda
10. "No ser cabeza de termo y que no se te la Tortuga melarikan diri." (Artinya, jangan jadikan kepala panas dan simpanlah di dalam celana)


Di sebalik piala dunia ada cerita tersendiri..Bak kata pensyarah bahasa inggeris saya imposible is imposible..


wasalam

seharian di bumi metropolitan

assalamualaikum dan salam sejahtera..hari sabtu yang sungguh bermakna buat diri saya. pada awal pagi saya di kejutkan oleh sahabat saya untuk solat subuh berjemaah di pusat islam. kepayahan amat terasa ketika hendak melawan nasfu tidur. berkali-kali sahabat saya mengejutkan saya bangun..Akhirnya saya mengagahkan diri untuk bangun dan alhamdulillah Allah mengerakkan hati saya untuk solat subuh berjemaah. selepas solat subuh, saya menghadiri perjumpaan dengan ahli kelas saya. kami berbincang mengenai perancangan kelas untuk sem 3. Hampir satu jam kami berbincang akhirnya bertemu kata sepakat dan kami menangguhkan perjumpaan. setelah selesai kami sarapan bersama-sama.


Setibanya saya di bilik A03, saya mendapat sms daripada seorang sahabat. Dia mengajak saya keluar untuk berjuang. Terdetik di hati saya, saya sedia untuk berjuang dalam keadaan rela.walaupun pada hakikatnya saya langsung tiada persediaan. kami bertolak ke kuala lumpur lebih kurang pada pkul 9.30 pagi. perjalanan ke kuala lumpur dengan menaiki sebuah kereta mengambil masa selama 2 jam. perasaan agak cemas apabila sahabat saya memandu dengan laju. Tetapi saya buat tidak ambil tahu pun, saya hanya mampu tersenyum dan memejamkan mata (tidur).


kuala lumpur bandaraya metropilitan. Hebat di mata manusia dengan kecanggihan , kemodenan dengan pelbagai bangunan pencakar langit. kami berhenti di tempat letak kereta pertama mall. ini kali yang kedua saya menjejakkan kaki ke petama mall. rambang mata di buatnya. Pelbagai barangan di jual seperti alatan sukan, telefon bimbit dan juga pakaian.



kami meneruskan perjalanan ke masjid india. kami menaiki komuter dari pasaraya sogo ke masjid india. bermacam-macam ragam manusia kami jumpa di kuala lumpur..ada yang tidak cukup pakaian, ada lelaki tetapi macam perempaun pening di buatnya. seorang sahabat saya berkata "cuba awak tengok masyarakat yang sedang sakit" Bazar di jalan masjid india memang sesak. terlalu ramai orang membeli belah maklumlah hari cuti..ramai yang mengambil peluang untuk keluar bersama keluarga.



Setelah letih berjalan, kami tiba di sebuah kedai buku. pertama kali menjejakkan kaki ke masjid india.sebelum ni saya hanya mendengar cerita dari sahabat-sahabat sahaja. Terkejut saya bila melihat pelbagai buku-buku agama di jual di kedai itu umpama berada di surga ilmu. rambang mata hendak memililh buku yang terbaik buat saya. saya membeli dua buah buku fiqh sirah 1 dan 3. saya berhajat hendak pergi ke kedai buku suatu hari nanti. selepas itu, saya naik ke tingkat 2. Dekat situ ada kedai buku juga. lama juga saya di kedai tu. saya berkenan pada satu buku. Buku itu berjudul 'Cinta di rumah Hasan Al banna"


Seharian di kuala lumpur memang memeritkan dengan suasana bandar yang terlalu kelam kabut. kadang-kadang terfikir bagaimana kalau saya di hantar untuk mengajar di kuala lumpur. Mampu ke saya untuk menghadapi liku-liku di kota raya metropolitan. masyarakat yang merana dalam kesakitan. Baharu saya melihat dengan kaca mata saya sendiri realiti dunia sebenar.dunia tanpa sempadan sehingga melupakan batas-batas pergaulan dan juga agama.Bersama kita renungkan apa akan jadi kepada negara dan umat islam khususnya pada masa akan datang jika kita terus hanyut di bawa arus dunia yang penuh dengan onak dan duri..

wasalam...

Friday, July 2, 2010

JANGAN JADI PENIPU!!!!


assalamualaikum dan selamat pagi..apa tipu2 ni? ada apa dengan penipu..jahat sangat ke penipu ni..hmm..entahlah sebab apa orang benci sangat dengan sifat mazmumah ni..Al kisah bermula selepas saya solat subuh berjemaah tadi. Tazkirah subuh yang disampaikan oleh ustaz kesayangan kami ustaz zakaria merangkap ketua warden ipgm kampus ipoh. Selawat ,salam dan kata-kata aluan pembuka bicara tazkirah. setiap mutiara kata yang keluar dari mulut ustaz amat bernilai..ustaz bercerita tentang penipu.saya pun tertanya-tanya kenapa ustaz memlih tajuk sebegitu. "kita jangan jadi penipu kepada diri sendiri, jangan buat perkara yang kita tidak biasa"kata ustaz. Sebagai contoh jika kita tidak biasa bangun awal pagi untuk menunaikan solat subuh, janganlah terlalu awal kita bangun. set alarm telefon bimbit setengah jam sebelum masuk waktu. Sampai tadarus Al quran pun tersengguk-sengguk mengantuk.Rasa malu juga sebab saya duduk di hadapan sekali menghadap ustaz zakaria. Malu di buatnya..Dalam apa perkara pon jangan kita menipu diri kita sendiri.jangan berlagak alim padahal hanya untuk pertunjukan semata. Dihadapan masyarakat dia di gelar ulama' tetapi di belakang masyarakat dialah ketua penjahat.Nauzubillah..Allah akan membalas segala perbuatan kita.Allah akan membuka aib kita di padang mahsyar nanti.Segala amalan sama ada baik atau buruk akan di tayangkan semula.kita tidak rasa malu ke??? kita hendak malu sekarang atau malu di hadapan Allah s.w.t Saya nasihat kepada diri sendiri dan juga sahabat-sahabat. "Takwa fi sirriah.." sama ada orang nampak atau tidak kita sentiasa bertakwa kepada Allah. Akhirnya, segala yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu juga datang daripada Allah tetapi atas kelemahan saya sendiri. Bersama-sama kita mengubah diri ke arah yang lebih baik.Mencari yang satu "redho Allah.."


wasalam.

Patutkah pendidikan seks di sekolah..?

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang budiman..soalan demi soalan dilontarkan untuk merungkaikan persoalan mengenai PENDIDIKAN SEKS. Adakah wajar pendidikan seks di ajarkan di sekolah. Saya sebagai bakal guru tidak bersetuju dengan adanya pendidikan seks di sekolah-sekolah. Hal ini kerana pelajar lebih cenderung untuk mencuba apa yang di ajar semasa di kelas. Dengan adanya pendidikan seks dapat memberi pendedahan secara khusus kepada pelajar dalam bentuk fizikal sahaja. Islam telah meletakkan garis panduan untuk menangani masalah seks. seperti mana yang kita tahu islam adalah agama yang syumul merangkumi kepada semua aspek.

Beberapa pendapat dan komen mengenai pendidikan seks daripada pemimpin mahasiswa islam :

Kuala Lumpur, 1 Julai 2010 - Cadangan untuk memperkenalkan kurikulum pendidikan seks kepada pelajar sekolah mendapat maklum balas yang berbeza daripada pimpinan GAMIS.

Pengerusi Srikandi Gerakan Muslimat Muda (SIGMA), Fasihah Fauzi berpandangan, pendidikan seks bukanlah penyelesaian terbaik kepada gejala sosial yang dihadapi para remaja.

Malah, katanya, jika penyampaian serta metod pengajaran yang tidak betul dan disalah ertikan, boleh membawa kepada kesan yang lebih buruk.

"Dalam perkara ini, saya menyokong pendirian Presiden PIBG Nasional, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Ali Hassan yang menyatakan pendidikan seks yang tidak disertai penerapan agama, akan membawa kesan negatif", katanya.

Dr Mohd Ali berpandangan, pelajar akan cenderung mencuba sekiranya didedahkan secara teknikal di dalam kelas tanpa kawalan 'agama'.

Pendidikan Islam lebih baik

Bagi Pengerusi Majlis Dakwah Kampus (MDK), Farhannaim Jamaluddin berkata, penekanan kepada subjek pendidikan Islam adalah lebih baik daripada menyediakan pendidikan seks.

"Masalah gejala sosial yang berlaku hari ini, adalah berpunca daripada faktor suasana hedonisme serta pergaulan yang bebas di kalangan masyarakat" ujarnya.

Beliau berpandangan, sekiranya perkara tersebut masih gagal ditangani, pendidikan seks yang bakal diperkenalkan akan menjadi seumpama mata pelajaran lain dan masalah tersebut tetap tidak boleh diselesaikan.

Beliau turut menyeru masyarakat agar kembali kepada penyelesaian Islam bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan.

Tidak perlu diteruskan

Sementara itu, Pengerusi HEWI Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) Maryam Afifah pula berpendirian supaya cadangan pendidikan seks tidak diteruskan.

Beliau melahirkan kebimbangan cadangan mewujudkan pendidikan itu akan diaplikasikan dalam permasalahan masyarakat yang lain.

"Sebagai contoh, selepas ini, jika wujud masalah penagihan dan penyalah gunaan dadah yang berlaku, tidak mustahil cadangan untuk mewujudkan pendidikan dalam perkara itu dilakukan " katanya.

Beliau menyeru kerajaan dan seluruh masyarakat menutup dan menghalang punca-punca dan sumber kepada seks bebas tersebut dengan menutup pusat-pusat hiburan.
 
 
bagaimana dengan anda? adakah anda setuju atau tidak..? Berfikir sebelum bertindak...
 
wasalam

Thursday, July 1, 2010

Hidup untuk menerima kehidupan untuk memberi...

salam..sedikit coretan untuk malam ini..baru je tadi saya dengan sahabat saya pergi ke rumah ustaz zakaria..dekat rumah ustaz kami di hidangkan air zam zam dan roti..ustaz menceritakan pengalaman beliau sewaktu di universiti..Tiba-tiba ustaz berkata hidup kita adalah untuk menerima dan kehidupan adalah untuk memberi. sebagai contoh..ketika menerima nyawa untuk hidup dan kehidupan kita dengan memberi sesuatu kepada orang..bukan hanya dengan memberi duit semata..kita boleh memberikan ilmu yang kita ada..barulah kehidupan itu wujud..manusia yang selalu memberi akan diengati dan dikenang jasanya walaupon sudah lama meninggal dunia..misalnya prof hamka, sehingga kini memjdi buah mulut masyarakat dengan adanya tafsir hamka..jasanya dalam memberi ilmu dikenang sehingga sekarang..kesimpulannya hidup kita adalah untuk menerima apa yang Allah berikan dan kehidupan untuk kita memberi sesuatu kepada orang lain..kita memberi supaya mendapat berkat..berkat kita tidak dapat melihat dengan mata kasar..umpama elektrik yang memberikan kuasa kepada lampu...kita tidak dapat melihat dengan anak mata kita sendiri...

wasalam...

Wednesday, June 30, 2010

Destinasi cinta

cinta yang hakiki adalah cinta kepada ilahi
kerana cinta Allah tidak akan pudar melainkan cinta makhlukNya..

mestica- Destinasi cinta

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku... Ya Allah...

Dibuai nafsu mengundang kelalaian.....

salam ukhuwah kepada para pembaca...kalian mesti tertanya-tanya kenapa saya buat tulis tajuk yang sedemikian..peristiwa bermula pagi tadi sewaktu solat subuh belum di imarahkan lagi..semua kerana kelalaian dan kealpaan diri saya sendiri..malam yang hening udara yang menghembus bayu menusuk ke tulang saya sewaktu melayan filem hindustan. terlalu leka menonton filem hidustan sampai saya tidak perasan waktu hampir pkul 2 pagi..selesai sudah filem hidustan bilik tv memanggil-manggil..BOLA BOLA BOLA antara spain dengan portugal...saya terleka lagi...sampai separuh masa yang kedua david villa menjaringkan bola..patah hati saya melihat jaringan gol menyebabkan portugal kalah 1-0..saya terleka lagi...dalam hati ada pasang niat nk buat solat taubat sebelum tidur..tp hajat tu tidak kesampaian kerana badan terlalu letih dan mengantuk..akhirnya saya rebah di atas katil...saya lena dibuai mimpi smpai tertinggal solat subuh berjemaah..sahabat semua sudah siap untuk pergi solat berjemaah di surau..tp saya kalah melawan nasfu..kerana mengikut nafsu solat subuh pada pukul 6.30pg..malu dibuatnya...lepas solat subuh saya membaca mathurat dan sedikit doa syifa'..kesimpulannya turutkan nafsu amalan ditinggalkan..sadis..solat malam terlepas dan bertambah pilu solat subuh berjemaah turut terlepas begitu sahaja....bersama kita muhasabah diri...sehebat manapun kita kadang terleka juga..oleh yang demikian kita kena kembali kepada Allah..kepada sahabat perlul saling menasihati agar hidup sentiasa makmur dan harmoni..yang penting jangan touching2 bila di tegur...mohon maaf jika ada salah dan silap..

wasalam...

Hinanya Aku....

Dengan nama Allah yang maha pemurah dan maha penyayang.sedikit perkongsian ilmu ataupun cerita yang dapat memberikan pengajaran buat kita semua..Dipetik daripada sebuah laman web bermulanya sebuah kisah, pada zaman dahulu tinggal seorang alim.Pada suatu hari,si alim tadi telah didatangi oleh seorang pemuda.Si pemuda tadi berkata,'Wahai tuan,saya ialah seorang pemuda yg jahil.Saya tidak pernah bersolat.Saya tidak pernah berbuat kebaikan.Saya seorang yg jahat.Saya selalu buat maksiat.Saya selalu langgar perintah Allah.Saya selalu berjudi.Saya selalu minum arak.Tetapi,saya mahu berubah.Izinkan saya menjadi pengikut tuan.'

Si alim tadi berkata sambil tersenyum,'Baiklah.Aku tersangat berbesar hati jika kamu mahu berubah dan insaf.Aku akan bantu kau'.

'Tetapi,sy ada satu masalah tuan',balas pemuda tadi perlahan.'Saya tidak mampu meninggalkan ketagihan saya kepada arak.'

Orang alim itu berkata,'Oh,tidak mengapa wahai anak muda.Perkara ketagihan itu bukan masalah.Kesanggupan kamu untuk cuba berubah itu sudahpun merupakan satu rahmat yang besar.Mulai hari ini,kamu bawa semua barang milikmu ke pondok kecilku.Aku mahu kau tinggal bersama-samaku'.

Sejak hari itu,pemuda kaki minum tadi tinggal bersama-sama orang alim itu.Dia belajar agama dengan si alim tadi.Namun,dia masih juga tidak mampu melepaskan keinginannya yg kuat kepada arak itu.Lalu pada suatu hari,dia meminta kebenaran utk minum arak dengan org alim itu.

'Wahai guru,aku sudah mencuba utk meninggalkan arak ini.Namun keinginanku membuak-buak menyebabkan aku tidak mampu menahan keiginanku ini.Izinkanlah aku untuk minum sebotol arak',pinta pemuda itu dgn bersungguh-sungguh.

'Tahukah kamu bahawa minum arak itu berdosa besar?',tanya si alim itu dgn lembut.

'Ya.aku tahu.Tapi aku benar-benar tidak mampu mengawal ketagihanku.Aku bimbang perkara yg lebih buruk akan berlaku jika aku tidak dapat minum'.

'Baiklah,jika begitu kau boleh minum tetapi kau mestilah minum di dalam tandas tanpa pengetahuan orang lain',jawab orang alim itu dengan meletakkan syarat.

Maka,si pemuda tadipun pergilah ke tandas untuk minum arak itu.Setiap kali keinginannya memuncak,dia akan minum di dalam tandas tanpa pengetahuan sesiapapun.Suatu hari,semasa dia sedang menikmati arak itu,tiba-tiba dia tersedar.Sudah kerap sungguh dia minum arak secara sembunyi di dalam tandas.Dia terfikir betapa hinanya dirinya itu.Dia sedang menikmati minuman yg hina di tempat yg hina!Dia rasa malu dan menyesal lalu dia mencampakkan botol arak itu tika itu juga.

Sejak dari itu,dia sudah tidak lagi minum arak.Dia benar-benar sudah insaf dan bertaubat.
***
Jika ada sesiapa yg berminat utk mendalami islam,maka kita haruslah terima dgn hati yg terbuka.Terima keadaannya seadanya.Yang penting,azamnya itu.Sedikit demi sedikit,kita ajak dia berubah.Janganlah kita terlalu memaksa dia untuk berubah kerana takut-takut dia akan lari.Janganlah kerana sikap kita yg terlalu memaksa dan menekan menyebabkan keinginan mereka utk kembali kepada islam hancur.Oleh itu bertindaklah dengan kesabaran dan penuh bijaksana.Ingatlah,yang memberi hidayah bukannya kita tetapi Allah.

selawat~

kasih tidak terbelah bahagi...


assalamualaikum...kullumin habbi khair...setiap daripada sang pencipta adalah baik..ungkapan yang menarik saya dapat daripada sahabat saya semasa di matrik dulu..kata-kata ini memang bermakna buat saya..alhmdulillah saya bersyukur ke hadarat ilahi dengan nikmat dan rahmat Nya saya masih diberikan peluang untuk menghirup udara dan dapat menikmati kehidupan di dunia sebelum bertemu dengan alam yang kekal abadi...usia saya sudah meningkat tua..tetapi saya bimbang adakah amalan saya meningkat dengan usia saya..?selama 20 tahun saya hidup tentu bnyak dosa yang telah saya lakukan dan berapa banyak amalan yang saya lakukan untuk menampung bekalan di alam akhirat nanti...saya malu dengan diri saya sendiri..malu dengan dosa rekaan saya sendiri..adakah mampu untuk saya bertaubat dengan taubat nasuha...ya Allah...   bantu hamba Mu ini...aku merayu pada Mu ya Allah..aku hamba Mu yang lemah lagi hina..kurniakan  aku sahabat yang soleh untuk membimbing hamba Mu ini...DOSA..DOSA..DOSA...saya tidak boleh lari dengan dosa..mungkin taubat saya selama ini tidak diterima oleh Allah..hmm..mana boleh saya berfikiran sedemikian kita mestilah bersangka baik dengan pencipta kita..pada saat dan ketika ini bibir saya melafazkan rasa syukur kepada Mu ya Allah kerana memberikan saya peluang bersama dengan askar-askar pejuang Mu dan berdamping dengan sahabat yang soleh yang tidak jemu memberikan nasihat dan teguran.."Alhamdulillah" bersama kita berdoa kepada Allah semoga di ampunkan segala dosa kita, ibu bapa, sahabat-sahabat dan juga muslimin dan muslimat sekalian..
sebelum mengundur diri buat seketika..renungan untuk kita bersama
"sekiranya diri kamu tidak disibukkan dengan perkara kebenaran,maka ia akan menyibukkan kamu dengan perkara-perkara yang batil"-Ta'yid al Haqiqah al 'Aliyyah li Imam As-Suyuti
wasalam....
 

Tuesday, March 16, 2010

seminggu bercuti

assalamualaikum...terima kasih kepada pembaca yang sudi membaca blog saya...sedikit nasihat untuk saya dan juga para pembaca ..carilah ilmu dengan bersungguh-sungguh dan berbaktilah kepada masyarakat..kalau kita menolong agama Allah, Allah akan menolong kita..nk berkongsi pengalaman sikit.sebelum balik kg yg lepas sy pergi prog ke kuala kangsar dengan menaiki motosikal..alhamdulillah di permudahkan segala urusan, kami selamat tiba di kuala kangsar..saya pulang ke rumah dengan menaiki bas..saya anggarkan dalam pkul 5ptg naik bas..bertolak dari maktab ke stesen bas ipoh mengambil masa lebih kurang setengah jam..saya menyuruh kawan saya menghantar saya ke stesen bas..pada pkul 4.40 dalam keadaan kelam kabut kami bergegas ke stesen bas ipoh..kami terlewat sampai ke stesen bas..dengan takdir Allah bas saya naiki belum bertolak lagi..akhirnya saya sempat menaiki bas untuk pulang ke kg...saya hanya bertawakal dan sering mengingatkan diri dengan ayat Allah yang bermaksud kalau kita menolong Agama Allah, Allah akan menolong kita...

wasalam..

Saturday, March 13, 2010

assalamualaikum semua...mgkin sudara2 juga mempunyai sorg sahabt yg perihatin ttg diri kita..cuba kita renung seketika sejauh mana kasih dan syg sorg sahabt kepada kita..sebagai perkongsian nasihat sorg sahabat yg kini belajar di mesir pengajian kedoktoran..

"buat sahabat
belajar sungguh
alim sungguh dalam smua bidang yg kita sdg pelajari
geologi ke, ekonomi ke, veterinar ke, audiologi ke
mmg Allah mahu kita alim dsitu
namun, jgn lupa mengaji yg wajib dlm agama
solat pown xtau hukum lagi
klu ditanya bab puasa pown mgkn ada yg masih ragu2
pnyelesainnya, g la mengaji
utk yg terpilih utk bidang ust atau pown guru
tggungjawab sgtla berat
klu disini, ust klu setakat pergi kuliah
mmg balik akan jadi antara penghancur ummah
suka sgt bwak keluar hukum ssuka hati
so, nasihat ana
mgaji sungguh
biar jadi alim
biar boleh jadi rujukan ummat
klu xtahu ttg ssuatu hukum
jgn malu utk katakn aku tidak tahu"

sme2 lah kita renung2 kan...

barakallahu fik

wasalam

kembali aktif....

assalamualaikum..Alhamdulillah bersyukur kepada Allah dengan izin Nya sya dpt meneruskan blog yg di beri name teratak ilmu..semoga kita dpt berkongsi ilmu pengetahuan dan juga maklumat bersama..hadis nabi yg bermaksud sampaikanlah walaupon satu ayat...sme2lah kita mencari keredhoan Allah..

barakallahu fik..

wasalam..