Friday, July 2, 2010

Patutkah pendidikan seks di sekolah..?

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang budiman..soalan demi soalan dilontarkan untuk merungkaikan persoalan mengenai PENDIDIKAN SEKS. Adakah wajar pendidikan seks di ajarkan di sekolah. Saya sebagai bakal guru tidak bersetuju dengan adanya pendidikan seks di sekolah-sekolah. Hal ini kerana pelajar lebih cenderung untuk mencuba apa yang di ajar semasa di kelas. Dengan adanya pendidikan seks dapat memberi pendedahan secara khusus kepada pelajar dalam bentuk fizikal sahaja. Islam telah meletakkan garis panduan untuk menangani masalah seks. seperti mana yang kita tahu islam adalah agama yang syumul merangkumi kepada semua aspek.

Beberapa pendapat dan komen mengenai pendidikan seks daripada pemimpin mahasiswa islam :

Kuala Lumpur, 1 Julai 2010 - Cadangan untuk memperkenalkan kurikulum pendidikan seks kepada pelajar sekolah mendapat maklum balas yang berbeza daripada pimpinan GAMIS.

Pengerusi Srikandi Gerakan Muslimat Muda (SIGMA), Fasihah Fauzi berpandangan, pendidikan seks bukanlah penyelesaian terbaik kepada gejala sosial yang dihadapi para remaja.

Malah, katanya, jika penyampaian serta metod pengajaran yang tidak betul dan disalah ertikan, boleh membawa kepada kesan yang lebih buruk.

"Dalam perkara ini, saya menyokong pendirian Presiden PIBG Nasional, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Ali Hassan yang menyatakan pendidikan seks yang tidak disertai penerapan agama, akan membawa kesan negatif", katanya.

Dr Mohd Ali berpandangan, pelajar akan cenderung mencuba sekiranya didedahkan secara teknikal di dalam kelas tanpa kawalan 'agama'.

Pendidikan Islam lebih baik

Bagi Pengerusi Majlis Dakwah Kampus (MDK), Farhannaim Jamaluddin berkata, penekanan kepada subjek pendidikan Islam adalah lebih baik daripada menyediakan pendidikan seks.

"Masalah gejala sosial yang berlaku hari ini, adalah berpunca daripada faktor suasana hedonisme serta pergaulan yang bebas di kalangan masyarakat" ujarnya.

Beliau berpandangan, sekiranya perkara tersebut masih gagal ditangani, pendidikan seks yang bakal diperkenalkan akan menjadi seumpama mata pelajaran lain dan masalah tersebut tetap tidak boleh diselesaikan.

Beliau turut menyeru masyarakat agar kembali kepada penyelesaian Islam bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan.

Tidak perlu diteruskan

Sementara itu, Pengerusi HEWI Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) Maryam Afifah pula berpendirian supaya cadangan pendidikan seks tidak diteruskan.

Beliau melahirkan kebimbangan cadangan mewujudkan pendidikan itu akan diaplikasikan dalam permasalahan masyarakat yang lain.

"Sebagai contoh, selepas ini, jika wujud masalah penagihan dan penyalah gunaan dadah yang berlaku, tidak mustahil cadangan untuk mewujudkan pendidikan dalam perkara itu dilakukan " katanya.

Beliau menyeru kerajaan dan seluruh masyarakat menutup dan menghalang punca-punca dan sumber kepada seks bebas tersebut dengan menutup pusat-pusat hiburan.
 
 
bagaimana dengan anda? adakah anda setuju atau tidak..? Berfikir sebelum bertindak...
 
wasalam

No comments:

Post a Comment