Sunday, July 4, 2010

seharian di bumi metropolitan

assalamualaikum dan salam sejahtera..hari sabtu yang sungguh bermakna buat diri saya. pada awal pagi saya di kejutkan oleh sahabat saya untuk solat subuh berjemaah di pusat islam. kepayahan amat terasa ketika hendak melawan nasfu tidur. berkali-kali sahabat saya mengejutkan saya bangun..Akhirnya saya mengagahkan diri untuk bangun dan alhamdulillah Allah mengerakkan hati saya untuk solat subuh berjemaah. selepas solat subuh, saya menghadiri perjumpaan dengan ahli kelas saya. kami berbincang mengenai perancangan kelas untuk sem 3. Hampir satu jam kami berbincang akhirnya bertemu kata sepakat dan kami menangguhkan perjumpaan. setelah selesai kami sarapan bersama-sama.


Setibanya saya di bilik A03, saya mendapat sms daripada seorang sahabat. Dia mengajak saya keluar untuk berjuang. Terdetik di hati saya, saya sedia untuk berjuang dalam keadaan rela.walaupun pada hakikatnya saya langsung tiada persediaan. kami bertolak ke kuala lumpur lebih kurang pada pkul 9.30 pagi. perjalanan ke kuala lumpur dengan menaiki sebuah kereta mengambil masa selama 2 jam. perasaan agak cemas apabila sahabat saya memandu dengan laju. Tetapi saya buat tidak ambil tahu pun, saya hanya mampu tersenyum dan memejamkan mata (tidur).


kuala lumpur bandaraya metropilitan. Hebat di mata manusia dengan kecanggihan , kemodenan dengan pelbagai bangunan pencakar langit. kami berhenti di tempat letak kereta pertama mall. ini kali yang kedua saya menjejakkan kaki ke petama mall. rambang mata di buatnya. Pelbagai barangan di jual seperti alatan sukan, telefon bimbit dan juga pakaian.



kami meneruskan perjalanan ke masjid india. kami menaiki komuter dari pasaraya sogo ke masjid india. bermacam-macam ragam manusia kami jumpa di kuala lumpur..ada yang tidak cukup pakaian, ada lelaki tetapi macam perempaun pening di buatnya. seorang sahabat saya berkata "cuba awak tengok masyarakat yang sedang sakit" Bazar di jalan masjid india memang sesak. terlalu ramai orang membeli belah maklumlah hari cuti..ramai yang mengambil peluang untuk keluar bersama keluarga.



Setelah letih berjalan, kami tiba di sebuah kedai buku. pertama kali menjejakkan kaki ke masjid india.sebelum ni saya hanya mendengar cerita dari sahabat-sahabat sahaja. Terkejut saya bila melihat pelbagai buku-buku agama di jual di kedai itu umpama berada di surga ilmu. rambang mata hendak memililh buku yang terbaik buat saya. saya membeli dua buah buku fiqh sirah 1 dan 3. saya berhajat hendak pergi ke kedai buku suatu hari nanti. selepas itu, saya naik ke tingkat 2. Dekat situ ada kedai buku juga. lama juga saya di kedai tu. saya berkenan pada satu buku. Buku itu berjudul 'Cinta di rumah Hasan Al banna"


Seharian di kuala lumpur memang memeritkan dengan suasana bandar yang terlalu kelam kabut. kadang-kadang terfikir bagaimana kalau saya di hantar untuk mengajar di kuala lumpur. Mampu ke saya untuk menghadapi liku-liku di kota raya metropolitan. masyarakat yang merana dalam kesakitan. Baharu saya melihat dengan kaca mata saya sendiri realiti dunia sebenar.dunia tanpa sempadan sehingga melupakan batas-batas pergaulan dan juga agama.Bersama kita renungkan apa akan jadi kepada negara dan umat islam khususnya pada masa akan datang jika kita terus hanyut di bawa arus dunia yang penuh dengan onak dan duri..

wasalam...

No comments:

Post a Comment