Monday, August 30, 2010

Kem Generasi Rabbani

Assalamualaikum dan salam sejahtera...rasa rindu bila dah lama tidak menulis dalam blog ini..saya harap para pembaca semua sihat-sihat belaka. pada post saya kali saya akan menceritakan sedikit sebanyak pengalaman saya ketika menjadi fesi di sebuah sekolah..

Kem Generasi Rabbani
Anjuran Alumni Maahad Al Yahyawiah
2010

suka duka sepanjang program.....
Majlis perasmian oleh pengetua sekolah





Fesi tekun mendengar ceramah

kump yang hebat lgi mantap......jgn jeles ye.....
Bersemangat kump palestin mempertahankan kubunya
kump israel x sabar2 nk serang ye....
peperangan bermula!!!!
Muslimah tidak kurang hebatnya...


ust Munzir bersama  ust Asri (pengarah program)
akhirnya...semoga prog ini di adakan lagi untuk masa akan datang .....

Thursday, August 19, 2010

Ramadhan kembali lagi....

"Hadirnya Penyuluh Hidup"

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat..ramadhan kembali lagi..Tidak terlalu lewat rasanya saya hendak mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan kepada muslimin dan muslimat. ustaz saya kata dalam bulan ramadhan orang arab akan menyebut "Ramadhan karim" apabila bertemu dengan sahabatnya. dan begitu juga sebaliknya sahabat itu akan menjawab "Allahukram". Hal ini menunjukkan bahawa Allah lebih mulia dari segala nya. 
sahabat yang di rahmati Allah sekalian,bila mana kita berbicara mengenai ramadhan kita patut rasa bersyukur kerana Allah memberikan kepada orang islam satu bulan yang penuh dengan keberkatan. di dalamnya ada malam umpama seribu bulan, turunnya Al Quran, bulan yang mana pintu-pintu surga di buka dan pintu-pintu  neraka di tutup. Persoalannya, adakah kita menggunakan peluang dan ruang yang Allah berikan kepada kita? Apa persediaan kita menghadapi bulan ramadhan? jawapan semua di tangan anda...
sahabat yang dirahmati Allah sekalian, sebagai peringatan untuk kita bersama, kita jadikanlah bulan ramadhan ini sebagai pesta ibadah. kita tingkatkan amalan ibadah, minta pengampunan daripada Allah. jangan kita ingat bulan ramadhan untuk puasa semata-mata. sebenarnya lebih daripada itu. dalam bulan yang penuh barakah ini juga kita melatih diri kita untuk melawan hawa nafsu kita. siangnya kita menahan lapar dan dahaga, malamnya pula kita berehat dengan melakukan solat sunat tarawih. kita berbuka untuk jasad kita. jangan kita melampau-lampau ketika berbuka dan kena seimbangkan juga makanan rohani dengan melakukan ibadah pada malamnya.   
Akhirnya bersama kita mencari keredhoan dan keberkatan Allah di bulan ramadhan. dan satu doa yang saidina Umar Al khatab selalu baca yang berbunyi "ya Allah berikanlah aku kelapangan masa dan kekuatan pada diriku untuk aku melakukan ibadah kepadaMu di bulan ramadhan" semoga amalan kita di terima oleh Allah SWT..

wasalam

Friday, July 16, 2010

ilmu Qiraat...

salam dan selamat sejahtera..Hari ini saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai ilmu Qiraat. Pertama sekali kita lihat definisi ilmu qiraat terlebih dahulu. Ilmu Qiraat bermaksud mengenal pasti kaedah bacaan kalimah Al quran sama ada mutawatir atau sebaliknya. Ia mestilah daripada sumber hadis yang sahih dan sanad mutawatir.

Ilmu qiraat diasaskan oleh imam Hafs ibnu Amru Ad Durri. Penulis ilmu qiraat Abu A'mir ibnu Salam. Mempelajari ilmu qiraat adalah fardhu kifayah. Selain itu juga, dalam ilmu qiraat kita dapat mengetahui dua konsep iaitu qarie dan muqri. Apa yang dimaksudkan qarie ialah seseorang yang mengetahui satu atau lebih ilmu qiraat serta mengahafal 30 juzu' Al quran manakala muqri ialah seseorang yang alim dalam ilmu qiraat.

sampai disini dahulu perkongsian ilmu mengenai  ilmu qiraat. insyaAllah kita akan bersambung lagi kemudian...

wasalam..

Wednesday, July 14, 2010

pendidikan Islam @ barat...?

Pendidikan dari perspektif islam dan barat.


Sebelum mengupas lebih lanjut mengenai pendidikan sama ada menurut islam mahupun pandangan barat, saya akan menerangkan dahulu definisi pendidikan. Pada pendapat dan hasil maklumat yang saya perolehi, pendidikan bermaksud "usaha sistematik yang sengaja, dibuat oleh sesuatu masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran kepada ahlinya, usaha memperkembangkan potensi individu dan perubahan yang berlaku dalam diri manusia ". selain itu juga pendidikan bertujuan untuk mengubah tingkah laku dan akhlak seseorang.

Islam ialah sebuah agama yang syumul. Ini bermakna agama islam adalah agama yang menyeluruh dari semua aspek termasuklah pendidikan. Selain itu, islam adalah cara hidup bagi umat islam. Dari segi pendidikan islam memberi perhatian dan tumpuan yang sepenuhnya. Hal ini kerana pendidikan dapat menjadi seorang insan itu sama ada hebat dan mantap ataupun sebaliknya. Kita menjurus kepada maksud pendidikan menurut islam. isilah yang sering digunakan dalam islam ialah tarbiyah. Kata ini berasal daripada istilah rabb, yurabbi yang bermaksud memelihara, mengatur dan memdidik. Hal ini berbeza dengan istilah ta’lim yang bermaksud menyampaikan sesuatu pengetahuan kepada ornag lain. Tarbiyah ini lebih menjurus kepada penanaman nila-nilai akhlak dan keperibadian seseorang.

Sejarah sering mengajar manusia dan tidak mustahil sejarah akan berulang kembali. Kita melihat dari sudut hikmah bagaimana Allah SWT mentarbiyah utusanNya iaitu Muhammad bin Abdullah. Bermula dengan kematian ayahandanya ketika nabi dalam kandungan ibunya. Seterusnya kematiann ibunya siti aminah ketika nabi masih kecil berusia 6 bulan. Kemudian nabi di jaga oleh atuknya sehingga atuknya meningal dunia dan setrusnya di jaga oleh pak ciknya Abu Talib. Allah mentarbiyah nabi dengan kehidupan yang sukar supaya nabi menjadi seorang yang cekal dan tabah untuk menyampaikan risalah Allah. Hal ini juga dapat menyangkal pendapat-pendapat yang buruk mengenai islam itu adalah agama yang diwariskan oleh nenek moyang nabi. Kemudian nabi di tarbiyah untuk membantu pak ciknya mengembala kambing. Jika kita dapat lihat kehidupan nabi amat berbeza daripada kehidupan remaja-remaja yang lain. Nabi berusaha keras untuk membantu pak ciknya mencari sesuap nasi. Daripada sirah nabi ini kita dapat hubung kait dengan pendidikan yang mana dapat membentuk akhlak dan keperibadian seseorang.

Dalam islam tarbiyah amat dititik beratkan. Islam tidak memisahkan agama dengan pendidikan. Seorang murabbi bertanggungjawab memelihara dan mendidik dari segi ilmu dan juga akhlak keperbadian yang luhur.

Pendidikan menurut pandangan barat.

Pendidikan barat mempunyai ragamnya tersendiri berbeza menurut pandangan islam. Seorang tokoh pendidikan Barat, John Dewey mengatakan bahwa pendidikan adalah proses pembentukan kecakapan fundamental, secara intelektual dan emosional, ke arah alam sesama manusia. Dari pendidikanlah seseorang mengalami proses pengembangan kemampuan, sikap, dan tingkah laku lainnya dalam masyarakat tempat mereka hidup.

Pendidikan barat memisahkan antara Agama dan pendidikan. Seperti yang kita tahu dalam islam agama itu berkait rapat dengan pendidikan . Barat lebih menumpukan perihal kehidupan semata-mata. Seperti yang ditulis sebelumnya bahwa tujuan pendidikan itu tidak lepas dari tujuan hidup manusia. Sebab pendidikan hanyalah suatu alat yang digunakan oleh manusia untuk memelihara kelanjutan hidupnya , baik sebagai individu mahupun sebagai masyarakat. Dengan begitu tujuan pendidikan harus berpangkal pada tujuan hidup.

Selain itu, pendidikan barat berteraskan pendidikan sekular. Seperti mana yang saya perkatakan tadi, barat memisahkan agama daripada pendidikan. Hal ini dapat kita lihat daripada banyaknya teori dan kajian-kajian yang dibuat oelh barat. Sebagai contoh, kajian tentang kejadian manusia yang di katakan berasal daripada beruk atau cipanzi. Teori menyimpang sama sekali dengan islam. Allah telah menerangkan lebih lanjut dalam Al Quran mengenai kejadian manusia.

Tambahan itu juga, barat tidak mementingkan nilai-nilai keluhuran dan akhlak seseorang. Pendidikan barat lebih tertumpu kepada akademik dan tujuan hidup semata. Hal ini dapat kita lihat keruntuhan akhlak dan sosial dalam kalangan remaja di barat. Barat lebih menekankan aspek protokol dan etika. Sifat seorang murabbi itu langsung tidak wujud dalam pendidikan barat. Oleh yang demikian, pendidikan barat lebih kepada kedunian sahaja. akan tetapi kita tidak nafikan ada juga kebaikan pendidikan barat dan secara tidak langsung Negara kita mengamalkan pendidikan barat. Selagi mana kita mampu untuk mengubahnya, kita mestilah berusaha ke arah itu.

Sunday, July 4, 2010

Cinta Di Rumah Hasan Al Banna


Buku pilihan saya..sedikit sinopsis daripada buku ini yang berbunyi "sesungguhnya pembuat dasar pergerakkan dakwah moden seperti Hasan Al Banna telah memberi contoh bahawa yang merasakan sentuhan pertama nilai pendidikan seseorang da'ie, justeru orang terdekatnya. jika ia seorang ayah , maka isteri dan anaknyalah merasakan sentuhan pertama. demikian pula ia adalah seorang ibu."

judul asal: Cinta Di Rumah Hasan Al Banna
penerbit: pustaka Da'watuna jakarta
Edisi Bahasa Malaysia: CINTA DI RUMAH HASAN AL BANNA
perterjemah: Rohayah ishak
Diterbit semula: Alam Raya enterprise 2008
pengantar:Dra. Hj Wirianingsih

Di sebalik piala Dunia...

Hati luka dan kecewa dengan kekalahan pasukan bola yang saya minati iaitu Argentina.. Saya tidak dapat menerima kekecewaan bahawa pasukan yang dibimbing oleh bekas pemain lagenda Argentina IGLESIA MARADONIANA tewas dengan pasukan German 4-0..walaubagaimanapun semua itu permainan dunia semata-mata...tetapi apa yang penting, saya ada cerita di sebalik piala dunia..anda tentu tahu keistimewaan  jurulatih argentina sehingga beliau mendapat gelaran hand of God..

sebenarnya bukan itu yang hendak saya sampaikan..agama jurulatih..ehh...silap..Agama Maradona..anda pernah dengar tentang agama maradona??? Agama maradona di cipta sendiri oleh IGLESIA MARADONIANA.saya akan menunjukan beberapa gambar mengenai agama maradona.

selain itu mereka jg mempunya 10 perintah tuhan nya sendiri yaitu :
1. Bola tidak boleh kotor, seperti telah diproklamasikan oleh D10S
2. Cinta sepakbola atas segala sesuatu
3. Menyatakan cinta tanpa syarat pada sepak bola
4. Mempertahankan warna dari argentina
5. Menyampaikan kata-kata D10S seluruh dunia
6. Berdoa di kuil-kuil di mana ia berkhotbah dan di mantel suci
7. Jangan menyatakan nama Diego di satu-satunya klub.
8. Ikuti ajaran Gereja Maradonian
9. Biarkan Diego akan nama-Mu, dan menjadi salah satu dari nama anak-anak Anda
10. "No ser cabeza de termo y que no se te la Tortuga melarikan diri." (Artinya, jangan jadikan kepala panas dan simpanlah di dalam celana)


Di sebalik piala dunia ada cerita tersendiri..Bak kata pensyarah bahasa inggeris saya imposible is imposible..


wasalam

seharian di bumi metropolitan

assalamualaikum dan salam sejahtera..hari sabtu yang sungguh bermakna buat diri saya. pada awal pagi saya di kejutkan oleh sahabat saya untuk solat subuh berjemaah di pusat islam. kepayahan amat terasa ketika hendak melawan nasfu tidur. berkali-kali sahabat saya mengejutkan saya bangun..Akhirnya saya mengagahkan diri untuk bangun dan alhamdulillah Allah mengerakkan hati saya untuk solat subuh berjemaah. selepas solat subuh, saya menghadiri perjumpaan dengan ahli kelas saya. kami berbincang mengenai perancangan kelas untuk sem 3. Hampir satu jam kami berbincang akhirnya bertemu kata sepakat dan kami menangguhkan perjumpaan. setelah selesai kami sarapan bersama-sama.


Setibanya saya di bilik A03, saya mendapat sms daripada seorang sahabat. Dia mengajak saya keluar untuk berjuang. Terdetik di hati saya, saya sedia untuk berjuang dalam keadaan rela.walaupun pada hakikatnya saya langsung tiada persediaan. kami bertolak ke kuala lumpur lebih kurang pada pkul 9.30 pagi. perjalanan ke kuala lumpur dengan menaiki sebuah kereta mengambil masa selama 2 jam. perasaan agak cemas apabila sahabat saya memandu dengan laju. Tetapi saya buat tidak ambil tahu pun, saya hanya mampu tersenyum dan memejamkan mata (tidur).


kuala lumpur bandaraya metropilitan. Hebat di mata manusia dengan kecanggihan , kemodenan dengan pelbagai bangunan pencakar langit. kami berhenti di tempat letak kereta pertama mall. ini kali yang kedua saya menjejakkan kaki ke petama mall. rambang mata di buatnya. Pelbagai barangan di jual seperti alatan sukan, telefon bimbit dan juga pakaian.



kami meneruskan perjalanan ke masjid india. kami menaiki komuter dari pasaraya sogo ke masjid india. bermacam-macam ragam manusia kami jumpa di kuala lumpur..ada yang tidak cukup pakaian, ada lelaki tetapi macam perempaun pening di buatnya. seorang sahabat saya berkata "cuba awak tengok masyarakat yang sedang sakit" Bazar di jalan masjid india memang sesak. terlalu ramai orang membeli belah maklumlah hari cuti..ramai yang mengambil peluang untuk keluar bersama keluarga.



Setelah letih berjalan, kami tiba di sebuah kedai buku. pertama kali menjejakkan kaki ke masjid india.sebelum ni saya hanya mendengar cerita dari sahabat-sahabat sahaja. Terkejut saya bila melihat pelbagai buku-buku agama di jual di kedai itu umpama berada di surga ilmu. rambang mata hendak memililh buku yang terbaik buat saya. saya membeli dua buah buku fiqh sirah 1 dan 3. saya berhajat hendak pergi ke kedai buku suatu hari nanti. selepas itu, saya naik ke tingkat 2. Dekat situ ada kedai buku juga. lama juga saya di kedai tu. saya berkenan pada satu buku. Buku itu berjudul 'Cinta di rumah Hasan Al banna"


Seharian di kuala lumpur memang memeritkan dengan suasana bandar yang terlalu kelam kabut. kadang-kadang terfikir bagaimana kalau saya di hantar untuk mengajar di kuala lumpur. Mampu ke saya untuk menghadapi liku-liku di kota raya metropolitan. masyarakat yang merana dalam kesakitan. Baharu saya melihat dengan kaca mata saya sendiri realiti dunia sebenar.dunia tanpa sempadan sehingga melupakan batas-batas pergaulan dan juga agama.Bersama kita renungkan apa akan jadi kepada negara dan umat islam khususnya pada masa akan datang jika kita terus hanyut di bawa arus dunia yang penuh dengan onak dan duri..

wasalam...