Tuesday, September 17, 2013





Sesiapa yang berminat untuk memiliki buku yang hebat ini boleh telefon segera di talian 013 6004530

Monday, September 17, 2012

Terus melangkah....

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmatnya dapat kita terus menghirup udara yang segar dan dapat meneruskan hidup sebagai hambaNya. Selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w dan. tidak lupa juga kepada para  sahabat nabi yang bertungkus lumus berkorban untuk menyebarkan islam serta muslimin dan muslimat yang dikasihi kerana Allah..

Rasa teruja bila melihat blog yang telah sekian lama tidak dibuka. Terasa terpanggil untuk meneruskan penulisan di blog . Saya bersyukur kepada Allah kerana saya masih diberikan kekuatan untuk menyampaikan mesej dakwah terutama dalam bidang penulisan. Pelbagai cara untuk kita menyampaikan islam kepada masyarakat. semuanya bergantung kepada kemampuan dan kelebihan masing-masing. Jika kita seorang yang pandai untuk memberikan ceramah, kita sampaikan dakwah dalam bentuk ceramah atau  sebaliknya jika kita seorang yang pandai menulis, kita sampaikan melalui penulisan yang kita buat. Asalkan matlamat kita jelas untuk menyampaikan kefahaman islam kepada masyarakat.

Sahabat-sahabat yang  dikasihi kerana Allah, bila kita melihat zaman sekarang umat islam hanya berfikir untuk selamat hidup di dunia semata-mata sehingga melupakan kehidupan  yang sebenar di akhirat. Hal ini akan menyebabkan berlaku pelbagai kerosakan dan kemusnahan dalam kalangan umat islam itu sendiri. Ibu dan ayah sibuk  mengumpul kekayaan dunia, manakala anak-anak terbiar tanpa mendapat kasih sayang dan didikan islam yang sempurna. Hasilnya akan wujud masyarakat yang rosak dan jauh dari islam.

Oleh sebab itu, islam mengajak umatnya hidup dalam landasan syariat islam. Garis panduan telah ditetapkan dalam islam. Kita kena melihat apa sebenarnya tujuan kita hidup di dunia?? adakah untuk makan dan minum semata-mata. kita hidup didunia tidak lain untuk mengabdikan diri kepada Allah swt. Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Kita kena sedar dan kembali kepada islam yang sebenar.  Mohon hidayah dan taufiq dari Allah.  semoga kita ditunjukan jalan yang benar.

Sebagai seorang mukmin bertanggungjawab diatas mukmin yang lain. Atas dasar tanggungjawab itu, kita hendaklah cuba untuk memberikan kefahaman islam yang sempurna. bukan setakat islam hanya pada ibadah sahaja malahan islam mencakupi seluruh kehidupan kita. Islam bersifat rahmah. Rahmah kepada semua makhluk yang ada dimuka bumi ini. oleh yang demikian kita mestilah berpegang teguh dengan islam.

Mohon doa daripada sahabat yang menbaca dan mengikuti blog saya agar diri ini terus istiqamah dalam menyampai dakwah islam dan jikalau ada kesalahan atau kesilapan fakta dalam penulisan saya mohon ditegur. Saya insan yang daif sentiasa mengharapkan pertolongan daripada Allah SWT. sekadar ini dahulu..insyaallah kita akan berjumpa lagi..sirru ala barakatillah..wasalam.

"HIDUP MULIA MATI SYAHID"

Saturday, August 27, 2011

Selamat pulang ke kampung...

Salam..hari ini sudah tiba saat dan waktu saya pulang ke kampung halaman di Sungai Besar. Sebelum berangkat pulang sempat juga solat berjemaah di Masjid Bandar Baru Putra berdekatan dengan Tanjung Rambutan. Agak terkejut bila melihat ramai jemaah yang hadir untuk solat subuh berjemaah di Masjid itu. hampir empat saff masjid penuh yang hadir. Alhamdulillah bersyukur pada Allah yang memberikan rahmat kepada orang-orang yang beriman. Hanya orang yang terpilih yang diberikan oleh Allah hidayah dan rahmatnya rasa ringan untuk menghadirkan diri ke rumah Allah..


Analoginya jika kita sebagai tuan rumah mesti mengundang tetamu yang kita kenali untuk hadir ke rumah. tetamu yang rapat, selalu berbuat baik dengan kita dan banyak membantu kita.. Sama juga dengan Allah S.W.T memilih tetamuNya untuk hadir ke rumahNya iaitu masjid dan juga surau-surau. Hanya orang yang rapat dengan Allah, jaga hubungan dengan Allah, melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan segala laranganNya akan di undang oleh Allah untuk hadir ke masjid dan juga surau.


Selepas solat subuh berjemaah saya mendengar tazkirah yang di sampaikan oleh ustaz yang telah dijemput. Tazkirahnya ringkas tetapi padat dengan ilmu yang berguna. Beliau menyampaikan berkenaan perkara-perkara sunat yang dilakukan oleh Nabi kita pada satu syawal. Antaranya ialah :


1. Makan sedikit sebelum ke masjid aatu surau
2.Solat sunat dan mendengar Khutbah aidil fitri 
3.Ziarah sanak saudara


Inilah sebahagian yang disampaikan oleh ustaz. ada banyak lagi yang boleh kita buat sebagai amalan sunat di pagi syawal. ustaz kata jangan kita rosakkan ramadan hanya dengan kita menyambut satu hari di bulan syawal. Bergembira secara berlebihan, berkaraoke melakukan perkara yang dilarang amat tidak digalakan. sama-sama kita perbaiki mudahan kita mendapat keredhoan Allah..


Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf  dan Zahir Batin..hati-hati dijalan raya. Ingat orang yang tersayang..



Salam perantauan dari saya Mohd Khairul Rafizi Bin Mohd Nor Azmi dari IPG Ipoh Taman UK Raya..=)

Friday, August 26, 2011

Hari terakhir di kampus..

salam...kehangatan cuti sekolah kian terasa. tidak sabar rasanya ingin pulang ke kampung halaman. InsyaAllah esok saya dan rakan akan berangkat pulang ke kampung. sahabat2 doakan keselamatan kami. semoga kami selamat sampai ke kampung halaman. lagi sekali kuda hijau beraksi di jalanan. dari Ipoh ke Sabak Bernam memakan masa 3 jam.. Agak letih la juga naik moto berbanding dengan naik bas. tapi terpaksa juga bawa..sebab nk pakai masa PBS nanti.


Dalam perjalanan pulang banyak perkara yang perlu di ambil pehatian. selain daripada pakaian yang hendak di bawa sehinggalah buku-buku yang menjadi rujukan untuk buat tugasan di rumah. persoalannya..mampu ke nk buat tugasan akademik di rumah...?? fikir positif..insyaAllah buat walaupun sedikit..=)


Saya inigin berkongsi  sedikit mengenai KAWASAN SPEED TRAP kepada semua yang pulang ke kampung. semoga ianya bermanfaat dan berhati-hati dijalan raya..Ingat Allah dan keluarga tersayang ketika memandu..


KAWASAN SPEED TRAP. Plus Arah Utara (Dari KL)
:
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)

Plus Arah Selatan:
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak

Plus Tengah:
1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi

NKVE
1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam

Jaga-jaga

KESAS
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom
ELITE (Dari arah KLIA)
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ

JALAN PERSEKUTUAN
1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras
22- MRR2 ke damansara,antara batu cave ke Bandar baru selayang



sumber dari sahabat uitm shah Alam.


Jangan lupa baca doa naik kenderaan...
setiap perkara yang baik kita lakukan niat kerana Allah...
keampunan dan rahmat Allah di perolehi...
yang penting ikhlas dalam semua perkara...

Thursday, August 25, 2011

Isteri cerdik yang solehah

Isteri cerdik yang solehah,
penyejuk mata penawar hati penajam fikiran,
Di rumah isteri di jalanan kawan,
Diwaktu kita buntu dia petunjuk jalan


Pandangan kita diperteguhkan,
Menjadi kita tetap pendirian,
Ilmu yang diberi dapat disimpan,
Kita lupa dia mengingatkan


Nasihat kita di jadikan pakaian, 
Silap kita dia betulkan,
Penghibur waktu bila kesunyian,
Terasa ramai bila bersamanya

Dia umpama tongkat sibuta,
Bila tiada satu kehilangan,
Dia ibarat simpanan ilmu,
Semoga kekal untuk diwariskan,


Bagaimana kita salurkan perasaan kasih dan cinta kita kepada orang yang tersayang. jangan sekali-kali meletakkan kasih sayang kita pada hambaNya lebih daripada pencipta. Allah Maha berkuasa telah mengaturkan jodoh kita. kita hanya berusaha untuk mencari yang terbaik untuk menjadi teman hidup..Naqib pernah berkongsi cerita...dia kata, cuba enta bayangkan kalau enta ni seorang perempuan. tiba-tiba enta ternampak seorang lelaki serupa dengan enta dari segi ciri dan juga perwatakan..persoalannya..adakah enta akan memilh lelaki itu sebagai calon suaminya..??? (termenung seketika)

hmm...memang terdetik dalam hati untuk mencari isteri yang solehah...hanya Allah sahaja yang tahu apa yang ada di dalam hati ini...aku hanya mampu meminta pada Allah kerana dia adalah kepunyaan Allah..jika dia benar milik ku..ya Allah engkau rapatkanlah hati kami..eratkanlah hubungan kami..jika tidak..ya Allah kurniakan aku isteri yang lebih baik buat diriku...
 kita serahkan urusan ini pada Allah..
yang penting..kita tidak dipermainkan dan diperbodohkan oleh syaitan yang memerangkap manusia ke lembah cinta yang kotor..pada hakikatnya cinta itu suci..tetapi bila nafsu telah bercampur dengan cinta..
cinta itu menjadi tidak bermakna dan kotor..

semoga segala perancangan dipermudahkan oleh Allah..
sudah sampai masa kita bersama insyaAllah...


Tuesday, August 23, 2011



Mencari peluang untuk meningkatkan ilmu dan juga pahala....
Semua dijemput hadir.....
Jangan lepaskan peluang.......

Rindunya pada Bulan Ramadan...

Ramadan semakin hampir meninggalkan kita......
semakin hari semakin bertambah rasa sayang pada ramadan.....
setiap yang mula mesti bertemu hujungnya...
Allah telah menjanjikan bermacam-macam peluang bagi umat islam......
Bagi orang yang beriman akan menangis bila ditinggalkan oleh ramadan...
takut keluar dari madrasah ramadan sama sahaja macam bulan-bulan lain......
tidak mendapat keampunan dari Allah..
nauzubillah...


Aku takut ya Allah....
adakah ramadan ini akan berulang lagi untuk aku....?
adakah aku akan berjumpa lagi ramadan yang akan datang.....?
amat rugi jika kita tidak melihat dengan mata hati ...
bulan ramadan bukan sekadar untuk berpuasa....
akan tetapi didalamnya penuh dengan rahmat, keampunan Allah SWT
kepada SIAPA?? 
hanya kepada orang yang BERIMAN..


Tidak sampai 8 hari lagi.....
cepat masa berlalu....
siapa yang leka...
akan terlepas peluang begitu sahaja...
memang Allah memberikan berbagai-bagai nikmat di bulan ramadan..
bagi yang leka....
akan berlalu seperti air yang mengalir
  
Jangan risau...
masih ada masa lagi...
rebutlah peluang yang ada...
berdoa pada Allah..
pohon keampunan dari Allah...
agar kita menjadi hambaNya yang bertakwa..
bahagia di dunia dan akhirat......


Janji Allah pasti berlaku...
jom kita tingkatkan amalan....
mencari Redho tuhan yang satu......

Thursday, November 11, 2010

Bahagian Tauhid....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...sahabat-sahabatku apa khabar kalian? Harap semua dalam keadaan sihat dan sentiasa berada di bawah rahmat Allah...Pada petang ini dengan mood exam lagi.. saya hendak berkongsi sedikit apa yang saya jawab semasa exam tadi.. Alhamdulillah apa yang saya baca masuk dalam exam..Bersyukur pada Allah yang telah memudahkan urusan hambaNya..semoga bertaut cintaku pada-MU ya Allah...Harap perkongsian ini bermanfaat kepada semua....

soalan tadi berbunyi : Berikan maksud bahagian tauhid..

Tauhid terbahagi kepada tiga bahagian

  1. Tauhid rububiyah
  2. Tauhid uluhiyah
  3. Tauhid nama dan sifat Allah
jom kita lihat maksudnya:

Tauhid rububiyah

   Ber'tiqad (menyakini) bahawa Allah adalah tuhan pencipta alam dan pentadbir, pemiliknya pemberi rezeki segala-galanya di bahawa dan pengetahuan, kehendak dan kebijaksaaanNya yang tidak terhingga.

Tauhid uluhiyah

  Ber'tidaq bahawa Allah berhak disembah, dicintai, dipatuhi, tempat untuk meminta.
menolak segala tuhan selain Allah dan mengakui serta menghayati sepenuhnya kalimah syahadah

Tauhid asma wa sifat (nama dan sifat Allah)

  Ber'tidaq bahawa Allah bersifat dengan sifat-sifat  kesempurnaan dan Maha suci Allah yang tidak bersifat dengan sifat kekurangan dan kelemahan dan nama-nama yang layak dengan kebesaranNya. Sifat-sifat Allah tidak sama dengan sifat makhlukNya

Macam mana sahabat-sahabat, saya harap jelaslah dengan takrif bahagian-bahagian Tauhid..Saya terang secara ringkas sahaja mengenai maksud di atas..Di harap semua faham dan jelas dengan konsep tauhid yang sebenar..Semoga mendapat manfaat daripada penulisan saya ini.Jikalau ada tersalah dan silap tolong betulkan. Saya juga manusia biasa yang sering melakukan kesilapan..Akhirnya, doakan saya berjaya dalam exam dan juga kehidupan samaada di dunia mahupun akhirat...

seteguh cintaku pada-MU Ya ALLAH


selamat belajar....

wasalam

Wednesday, November 10, 2010

kaedah resm uthmani dalam Al Quran

salam dan selamat sejahtera..bertemu kembali dalam blog "teratak ilmu". Bersempena dengan exam yang bakal menjelang pada esok hari, saya ingin berkongsi sedikt mengenai topik yang bakal di soal esok..Pada malam ini saya memilih subjek resm uthmani..

kaedah resm uthmani dalam Al quran..

  1. Al hazaf ( membuang huruf)
  2. Al ziadah ( menambah huruf)
  3. Penulisan hamzah
  4. Al badal mengantikan huruf dengan huruf yang lain
  5. Al fasl wa wasal menyambung dan memisahkan tulisan dan kalimah
kita lihat satu persatu makna kaedah resm uthmani

1. kaedah pembuangan atau pengurangan
     Membuang dan mengugurkan huruf hijaiah tertentu dalam struktur kalimah tertentu.

2. kaedah ziyadah atau tambahan
     Menambah huruf-huruf tertentu pada kalimah tertentu Al Quran

3. kaedah pertukaran atau pengantian
    Pertukaran pada huruf-huruf tertentu dengan huruf-huruf tertentu pada kalimah-kalimah tertentu Al Quran

4. kaedah berangkai (wasal) atau berpisah (Al fasl)
    Berangkai bermaksud penggabungan penulisan sesuatu lafaz dengan lafaz yang lain yang lazim dipisahkan
    pemisahan bermaksud pemisahan penulisan dengan lafaz yang lain yang lazimnya di tulis secara berangkai

5. kaedah penulisan huruf hamzah
    kaedah ini tidak begitu ketara kecuali hamzah-hamzah di awal kalimah... 


selamat belajar...semoga di permudahkan segala urusan..

wasalam

Roti canai satu!!.

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang 

makan...makan...makan...terasa laparlah pula bila sebut pasal makan..makan untuk hidup atau hidup untuk makan..??pening juga kepala bila fikir sampai tahap macam tu. kata seorang sahabat "selagi kita mampu makan, makan jela nanti bila sudah tua sudah tidak ada selera hendak makan" bila di fikirkan ada betulnya juga apa yang dikatakan oleh sahabat saya tu..tapikan soalan saya x terjawab lagi..makan untuk hidup atau hidup untuk makan? kadang-kadang bila makan sampai  tidak ingat  dunia..kata naqib saya "makan jangan ikut nafsu..jangan ikut sangat nafsu tu..berhenti bila sudah kenyang"  

********
Saya selalu keluar makan bersama sahabat-sahabat. ada yang kuat makan, ada juga yang bajet duit berjimat cermat. Bagi saya bila perut sudah lapar makan jela..saya cakap dekat diri saya, saya makan untuk dapatkan tenaga dan tenaga yang saya dapat boleh saya gunakan untuk beribadah mendekat diri kepada Allah..Bergantunglah pada pendapat masing-masing..semua orang berhak untuk memberikan pendapat...

*********
Panjang lebar syarah bab makan je..
sebenarnya hendak berkongsi cerita semalam pagi-pagi lagi saya dan sahabat pergi cari makanan. singgah dekat gerai kuih. sempat la juga beli kuih karipap, donut dan juga nasi lemak dua bungkus. Harga berpatutan nasi lemak rm 0.50 dan empat biji kuih rm 1.00.. "kalau nk cari kuih yg murah dtgla dkt gerai mak cik" kata penjual kuih. saya menjawab "okla mak cik terima kasih ye"

Perjalanan diteruskan mencari kedai roti canai..kedai yang kami hendak tuju tutup. kami pergi cari ke tempat lain. Hampir tiga buah kedai makan kami pergi  tidak ada roti canai. sahabat saya berkata "orang kite mcm ni la kalo nk berniaga kejap ada kejap tidak ada,,mcm mana nk untung" 

Akhirnya kami sampai dekat kedai MAMAK..."Roti canai satu!!"Alhamdulillah dapat juga makan roti canai dengan nasi lemak..Air macam biasalah air kosong je...
sempatla juga bergambar masa makan dekat kedai Mamak..

wah...sedapnyer....

sahabatku....xsabar menanti...he2
Tempat yg kami tuju.....


Makanlah untuk hidup dan bukannya hidup hanya untuk makan..Berpada-padalah dalam semua perkara. jangan terlalu berlebih-lebihan takut membazir..kerana membazir adalah saudara syaitan..
wasalam

Monday, November 8, 2010

KELEBIHAN SOLAT DHUHA

Allah SWT ber firman yang bermaksud:

Demi waktu Dhuha dan demi Malam apabila menjadi sepi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. Dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka.

(Surah al-Dhuha : 1-5 )

Antara kelebihan solat dhuha ialah :

1. Diberikan kekuatan jasmani.

    " Pada diri manusia ada 360 ruas tulang, dituntut ke atasnya untuk memberi sedekah kepada setiap satu daripada ruas-ruas tersebut.

Para sahabat bertanya, 'Siapakah yang terdaya melakukan ya Rasulullah ? ' Lalu beliau bersabda, ' Boleh juga dilakukan dengan menanam kahak di lantai masjid atau menghilangkan halangan di jalan, kalau tetap tidak dapat dilakukan makan dengan melakukan dua rakaat solat Dhuha boleh cukup baginya."

( Riwayat Ahmad dan Abu Daud dan dengan lafaz lain oleh muslim )

orang yang mengamalkan solat Dhuha tidak akan mengalami sakit ruas tulang seperti sakit kaki, sakit pinggang dan lain-lain.

2. Mendapat keampunan daripada Allah SWT

Diriwayatkan oleh Tarmizi Nabi saw bersabda : Sesiapa sahaja yang bersolat sunat dhuha dengan rutin, maka Allah akan mengampunkan dosa2nya walaupun sebanyak buih di lautan.
3. Dimurahkan rezeki
Sabda Nabi saw : Solat sunat Dhuha itu akan mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan) dan tidak ada yang akan memelihara sunat dhuha itu melainkan orang2 yang bertaubat.

DOA SOLAT DHUHA

اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ .
Maksud :
Ya Allah ! bahawasanya waktu Dhuha itu adalah waktu Dhuha-Mu, keindahan itu adalah keindahan-Mu, kecantikan itu adalah kecantikan-Mu, kekuatan itu adalah kekuatan-Mu, kekuasaan itu adalah kekuasaan-Mu, dan perlindungan itu adalah perlindungan-Mu. Ya Allah ! Ya Tuhanku, jika rezekiku berada di atas langit, maka turunkanlah, dan jika berada di dalam perut bumi maka keluarkanlah, dan jika sukar maka mudahkanlah, jika haram maka sucikanlah, jika masih jauh maka dekatkanlah. Berkat waktu Dhuha-Mu, Keagungan-Mu, Keindahan-Mu, Kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.

Selamat Beramal Supaya Kita Lebih Dekat KepadaNYA


sumber: www.solatdhuha.blogspot.com
           



Tuesday, November 2, 2010

Dilema seorang pelatih Guru

Assalamualaikum dan salam sejahtera....Apa khabar iman sahabat2ku sekalian...? harap semua dalam keadaan sihat sejahtera...terasa rindu bila sudah lama tidak menulis sesuatu dalam blog ni. alhmdulillah Allah telah memberi kelapangan masa dan semangat untuk kembali aktif menulis di blog ini

Dilema seorang pelatih Guru bilamana berhadapan dengan kehidupan sebenar bermasyarakat Alhamdulilah saya di beri peluang dapat hidup dalam suasana bermasyarakat.Dalam situasi saya pada hari ini, saya berhadapan dengan dua jenis masyarakat yang berbeza..Pertamanya semasa di kampus, saya terpaksa berhadapan dengan masyarakat kampus. Bermacam-macam ragam dan latarbelakang masyarakat yg saya terpaksa tempuhi..ada yang baik, ada juga yg nakal bermacam-macam la..Daripada situasi itu saya banyak mendapat pengalaman baru.

Kedua pula masyarakat kampung. masyarakat kampung lagi bnyak cabaran dan dugaannya..saya tinggal di kawasan kampung dekat sabak bernam selangor..hidup di kampung sgt berbeza denga kehidupan di bandar..semua aktiviti kenduri kendara kita kena pergi..kalau tidak bila kita buat kenduri tidak ada orang yg akan datang ke rumah kita.kadang2 masyarakat ambil berat terhadap perihal jiran2..mereka suka mengkritik dan menilai orang lain..ada yg baik dan ada juga yg buruk..kdg2 sampai menjadi buah mulut orang kampung. sebagai contoh, orang kampung lihat anak kita bonceng moto dengan perempuan, berita tu akan tersebar satu kampung. cerita pasal kampung, terasa macam nk blik kampung je..esok dah mula cuti..cadang nk balik kampung..Tengok la mcm mne nnti..

kesimpulannya, guru kene bijak dan berperanan di dalam masyarakat. guru adalah jurutera kepada pembentukan sahsiah pelajar..bilamana guru rosak apa pula dgn nasib anak murid??? dapatkah membina sebuah masyarakat yang hebat dan berakhlak mulia..belajar untuk bermasyarakat bukan jadi sampah masyarakat..

wasalam...


Monday, August 30, 2010

Kem Generasi Rabbani

Assalamualaikum dan salam sejahtera...rasa rindu bila dah lama tidak menulis dalam blog ini..saya harap para pembaca semua sihat-sihat belaka. pada post saya kali saya akan menceritakan sedikit sebanyak pengalaman saya ketika menjadi fesi di sebuah sekolah..

Kem Generasi Rabbani
Anjuran Alumni Maahad Al Yahyawiah
2010

suka duka sepanjang program.....
Majlis perasmian oleh pengetua sekolah





Fesi tekun mendengar ceramah

kump yang hebat lgi mantap......jgn jeles ye.....
Bersemangat kump palestin mempertahankan kubunya
kump israel x sabar2 nk serang ye....
peperangan bermula!!!!
Muslimah tidak kurang hebatnya...


ust Munzir bersama  ust Asri (pengarah program)
akhirnya...semoga prog ini di adakan lagi untuk masa akan datang .....

Thursday, August 19, 2010

Ramadhan kembali lagi....

"Hadirnya Penyuluh Hidup"

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat..ramadhan kembali lagi..Tidak terlalu lewat rasanya saya hendak mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan kepada muslimin dan muslimat. ustaz saya kata dalam bulan ramadhan orang arab akan menyebut "Ramadhan karim" apabila bertemu dengan sahabatnya. dan begitu juga sebaliknya sahabat itu akan menjawab "Allahukram". Hal ini menunjukkan bahawa Allah lebih mulia dari segala nya. 
sahabat yang di rahmati Allah sekalian,bila mana kita berbicara mengenai ramadhan kita patut rasa bersyukur kerana Allah memberikan kepada orang islam satu bulan yang penuh dengan keberkatan. di dalamnya ada malam umpama seribu bulan, turunnya Al Quran, bulan yang mana pintu-pintu surga di buka dan pintu-pintu  neraka di tutup. Persoalannya, adakah kita menggunakan peluang dan ruang yang Allah berikan kepada kita? Apa persediaan kita menghadapi bulan ramadhan? jawapan semua di tangan anda...
sahabat yang dirahmati Allah sekalian, sebagai peringatan untuk kita bersama, kita jadikanlah bulan ramadhan ini sebagai pesta ibadah. kita tingkatkan amalan ibadah, minta pengampunan daripada Allah. jangan kita ingat bulan ramadhan untuk puasa semata-mata. sebenarnya lebih daripada itu. dalam bulan yang penuh barakah ini juga kita melatih diri kita untuk melawan hawa nafsu kita. siangnya kita menahan lapar dan dahaga, malamnya pula kita berehat dengan melakukan solat sunat tarawih. kita berbuka untuk jasad kita. jangan kita melampau-lampau ketika berbuka dan kena seimbangkan juga makanan rohani dengan melakukan ibadah pada malamnya.   
Akhirnya bersama kita mencari keredhoan dan keberkatan Allah di bulan ramadhan. dan satu doa yang saidina Umar Al khatab selalu baca yang berbunyi "ya Allah berikanlah aku kelapangan masa dan kekuatan pada diriku untuk aku melakukan ibadah kepadaMu di bulan ramadhan" semoga amalan kita di terima oleh Allah SWT..

wasalam

Friday, July 16, 2010

ilmu Qiraat...

salam dan selamat sejahtera..Hari ini saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai ilmu Qiraat. Pertama sekali kita lihat definisi ilmu qiraat terlebih dahulu. Ilmu Qiraat bermaksud mengenal pasti kaedah bacaan kalimah Al quran sama ada mutawatir atau sebaliknya. Ia mestilah daripada sumber hadis yang sahih dan sanad mutawatir.

Ilmu qiraat diasaskan oleh imam Hafs ibnu Amru Ad Durri. Penulis ilmu qiraat Abu A'mir ibnu Salam. Mempelajari ilmu qiraat adalah fardhu kifayah. Selain itu juga, dalam ilmu qiraat kita dapat mengetahui dua konsep iaitu qarie dan muqri. Apa yang dimaksudkan qarie ialah seseorang yang mengetahui satu atau lebih ilmu qiraat serta mengahafal 30 juzu' Al quran manakala muqri ialah seseorang yang alim dalam ilmu qiraat.

sampai disini dahulu perkongsian ilmu mengenai  ilmu qiraat. insyaAllah kita akan bersambung lagi kemudian...

wasalam..

Wednesday, July 14, 2010

pendidikan Islam @ barat...?

Pendidikan dari perspektif islam dan barat.


Sebelum mengupas lebih lanjut mengenai pendidikan sama ada menurut islam mahupun pandangan barat, saya akan menerangkan dahulu definisi pendidikan. Pada pendapat dan hasil maklumat yang saya perolehi, pendidikan bermaksud "usaha sistematik yang sengaja, dibuat oleh sesuatu masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran kepada ahlinya, usaha memperkembangkan potensi individu dan perubahan yang berlaku dalam diri manusia ". selain itu juga pendidikan bertujuan untuk mengubah tingkah laku dan akhlak seseorang.

Islam ialah sebuah agama yang syumul. Ini bermakna agama islam adalah agama yang menyeluruh dari semua aspek termasuklah pendidikan. Selain itu, islam adalah cara hidup bagi umat islam. Dari segi pendidikan islam memberi perhatian dan tumpuan yang sepenuhnya. Hal ini kerana pendidikan dapat menjadi seorang insan itu sama ada hebat dan mantap ataupun sebaliknya. Kita menjurus kepada maksud pendidikan menurut islam. isilah yang sering digunakan dalam islam ialah tarbiyah. Kata ini berasal daripada istilah rabb, yurabbi yang bermaksud memelihara, mengatur dan memdidik. Hal ini berbeza dengan istilah ta’lim yang bermaksud menyampaikan sesuatu pengetahuan kepada ornag lain. Tarbiyah ini lebih menjurus kepada penanaman nila-nilai akhlak dan keperibadian seseorang.

Sejarah sering mengajar manusia dan tidak mustahil sejarah akan berulang kembali. Kita melihat dari sudut hikmah bagaimana Allah SWT mentarbiyah utusanNya iaitu Muhammad bin Abdullah. Bermula dengan kematian ayahandanya ketika nabi dalam kandungan ibunya. Seterusnya kematiann ibunya siti aminah ketika nabi masih kecil berusia 6 bulan. Kemudian nabi di jaga oleh atuknya sehingga atuknya meningal dunia dan setrusnya di jaga oleh pak ciknya Abu Talib. Allah mentarbiyah nabi dengan kehidupan yang sukar supaya nabi menjadi seorang yang cekal dan tabah untuk menyampaikan risalah Allah. Hal ini juga dapat menyangkal pendapat-pendapat yang buruk mengenai islam itu adalah agama yang diwariskan oleh nenek moyang nabi. Kemudian nabi di tarbiyah untuk membantu pak ciknya mengembala kambing. Jika kita dapat lihat kehidupan nabi amat berbeza daripada kehidupan remaja-remaja yang lain. Nabi berusaha keras untuk membantu pak ciknya mencari sesuap nasi. Daripada sirah nabi ini kita dapat hubung kait dengan pendidikan yang mana dapat membentuk akhlak dan keperibadian seseorang.

Dalam islam tarbiyah amat dititik beratkan. Islam tidak memisahkan agama dengan pendidikan. Seorang murabbi bertanggungjawab memelihara dan mendidik dari segi ilmu dan juga akhlak keperbadian yang luhur.

Pendidikan menurut pandangan barat.

Pendidikan barat mempunyai ragamnya tersendiri berbeza menurut pandangan islam. Seorang tokoh pendidikan Barat, John Dewey mengatakan bahwa pendidikan adalah proses pembentukan kecakapan fundamental, secara intelektual dan emosional, ke arah alam sesama manusia. Dari pendidikanlah seseorang mengalami proses pengembangan kemampuan, sikap, dan tingkah laku lainnya dalam masyarakat tempat mereka hidup.

Pendidikan barat memisahkan antara Agama dan pendidikan. Seperti yang kita tahu dalam islam agama itu berkait rapat dengan pendidikan . Barat lebih menumpukan perihal kehidupan semata-mata. Seperti yang ditulis sebelumnya bahwa tujuan pendidikan itu tidak lepas dari tujuan hidup manusia. Sebab pendidikan hanyalah suatu alat yang digunakan oleh manusia untuk memelihara kelanjutan hidupnya , baik sebagai individu mahupun sebagai masyarakat. Dengan begitu tujuan pendidikan harus berpangkal pada tujuan hidup.

Selain itu, pendidikan barat berteraskan pendidikan sekular. Seperti mana yang saya perkatakan tadi, barat memisahkan agama daripada pendidikan. Hal ini dapat kita lihat daripada banyaknya teori dan kajian-kajian yang dibuat oelh barat. Sebagai contoh, kajian tentang kejadian manusia yang di katakan berasal daripada beruk atau cipanzi. Teori menyimpang sama sekali dengan islam. Allah telah menerangkan lebih lanjut dalam Al Quran mengenai kejadian manusia.

Tambahan itu juga, barat tidak mementingkan nilai-nilai keluhuran dan akhlak seseorang. Pendidikan barat lebih tertumpu kepada akademik dan tujuan hidup semata. Hal ini dapat kita lihat keruntuhan akhlak dan sosial dalam kalangan remaja di barat. Barat lebih menekankan aspek protokol dan etika. Sifat seorang murabbi itu langsung tidak wujud dalam pendidikan barat. Oleh yang demikian, pendidikan barat lebih kepada kedunian sahaja. akan tetapi kita tidak nafikan ada juga kebaikan pendidikan barat dan secara tidak langsung Negara kita mengamalkan pendidikan barat. Selagi mana kita mampu untuk mengubahnya, kita mestilah berusaha ke arah itu.

Sunday, July 4, 2010

Cinta Di Rumah Hasan Al Banna


Buku pilihan saya..sedikit sinopsis daripada buku ini yang berbunyi "sesungguhnya pembuat dasar pergerakkan dakwah moden seperti Hasan Al Banna telah memberi contoh bahawa yang merasakan sentuhan pertama nilai pendidikan seseorang da'ie, justeru orang terdekatnya. jika ia seorang ayah , maka isteri dan anaknyalah merasakan sentuhan pertama. demikian pula ia adalah seorang ibu."

judul asal: Cinta Di Rumah Hasan Al Banna
penerbit: pustaka Da'watuna jakarta
Edisi Bahasa Malaysia: CINTA DI RUMAH HASAN AL BANNA
perterjemah: Rohayah ishak
Diterbit semula: Alam Raya enterprise 2008
pengantar:Dra. Hj Wirianingsih

Di sebalik piala Dunia...

Hati luka dan kecewa dengan kekalahan pasukan bola yang saya minati iaitu Argentina.. Saya tidak dapat menerima kekecewaan bahawa pasukan yang dibimbing oleh bekas pemain lagenda Argentina IGLESIA MARADONIANA tewas dengan pasukan German 4-0..walaubagaimanapun semua itu permainan dunia semata-mata...tetapi apa yang penting, saya ada cerita di sebalik piala dunia..anda tentu tahu keistimewaan  jurulatih argentina sehingga beliau mendapat gelaran hand of God..

sebenarnya bukan itu yang hendak saya sampaikan..agama jurulatih..ehh...silap..Agama Maradona..anda pernah dengar tentang agama maradona??? Agama maradona di cipta sendiri oleh IGLESIA MARADONIANA.saya akan menunjukan beberapa gambar mengenai agama maradona.

selain itu mereka jg mempunya 10 perintah tuhan nya sendiri yaitu :
1. Bola tidak boleh kotor, seperti telah diproklamasikan oleh D10S
2. Cinta sepakbola atas segala sesuatu
3. Menyatakan cinta tanpa syarat pada sepak bola
4. Mempertahankan warna dari argentina
5. Menyampaikan kata-kata D10S seluruh dunia
6. Berdoa di kuil-kuil di mana ia berkhotbah dan di mantel suci
7. Jangan menyatakan nama Diego di satu-satunya klub.
8. Ikuti ajaran Gereja Maradonian
9. Biarkan Diego akan nama-Mu, dan menjadi salah satu dari nama anak-anak Anda
10. "No ser cabeza de termo y que no se te la Tortuga melarikan diri." (Artinya, jangan jadikan kepala panas dan simpanlah di dalam celana)


Di sebalik piala dunia ada cerita tersendiri..Bak kata pensyarah bahasa inggeris saya imposible is imposible..


wasalam

seharian di bumi metropolitan

assalamualaikum dan salam sejahtera..hari sabtu yang sungguh bermakna buat diri saya. pada awal pagi saya di kejutkan oleh sahabat saya untuk solat subuh berjemaah di pusat islam. kepayahan amat terasa ketika hendak melawan nasfu tidur. berkali-kali sahabat saya mengejutkan saya bangun..Akhirnya saya mengagahkan diri untuk bangun dan alhamdulillah Allah mengerakkan hati saya untuk solat subuh berjemaah. selepas solat subuh, saya menghadiri perjumpaan dengan ahli kelas saya. kami berbincang mengenai perancangan kelas untuk sem 3. Hampir satu jam kami berbincang akhirnya bertemu kata sepakat dan kami menangguhkan perjumpaan. setelah selesai kami sarapan bersama-sama.


Setibanya saya di bilik A03, saya mendapat sms daripada seorang sahabat. Dia mengajak saya keluar untuk berjuang. Terdetik di hati saya, saya sedia untuk berjuang dalam keadaan rela.walaupun pada hakikatnya saya langsung tiada persediaan. kami bertolak ke kuala lumpur lebih kurang pada pkul 9.30 pagi. perjalanan ke kuala lumpur dengan menaiki sebuah kereta mengambil masa selama 2 jam. perasaan agak cemas apabila sahabat saya memandu dengan laju. Tetapi saya buat tidak ambil tahu pun, saya hanya mampu tersenyum dan memejamkan mata (tidur).


kuala lumpur bandaraya metropilitan. Hebat di mata manusia dengan kecanggihan , kemodenan dengan pelbagai bangunan pencakar langit. kami berhenti di tempat letak kereta pertama mall. ini kali yang kedua saya menjejakkan kaki ke petama mall. rambang mata di buatnya. Pelbagai barangan di jual seperti alatan sukan, telefon bimbit dan juga pakaian.



kami meneruskan perjalanan ke masjid india. kami menaiki komuter dari pasaraya sogo ke masjid india. bermacam-macam ragam manusia kami jumpa di kuala lumpur..ada yang tidak cukup pakaian, ada lelaki tetapi macam perempaun pening di buatnya. seorang sahabat saya berkata "cuba awak tengok masyarakat yang sedang sakit" Bazar di jalan masjid india memang sesak. terlalu ramai orang membeli belah maklumlah hari cuti..ramai yang mengambil peluang untuk keluar bersama keluarga.



Setelah letih berjalan, kami tiba di sebuah kedai buku. pertama kali menjejakkan kaki ke masjid india.sebelum ni saya hanya mendengar cerita dari sahabat-sahabat sahaja. Terkejut saya bila melihat pelbagai buku-buku agama di jual di kedai itu umpama berada di surga ilmu. rambang mata hendak memililh buku yang terbaik buat saya. saya membeli dua buah buku fiqh sirah 1 dan 3. saya berhajat hendak pergi ke kedai buku suatu hari nanti. selepas itu, saya naik ke tingkat 2. Dekat situ ada kedai buku juga. lama juga saya di kedai tu. saya berkenan pada satu buku. Buku itu berjudul 'Cinta di rumah Hasan Al banna"


Seharian di kuala lumpur memang memeritkan dengan suasana bandar yang terlalu kelam kabut. kadang-kadang terfikir bagaimana kalau saya di hantar untuk mengajar di kuala lumpur. Mampu ke saya untuk menghadapi liku-liku di kota raya metropolitan. masyarakat yang merana dalam kesakitan. Baharu saya melihat dengan kaca mata saya sendiri realiti dunia sebenar.dunia tanpa sempadan sehingga melupakan batas-batas pergaulan dan juga agama.Bersama kita renungkan apa akan jadi kepada negara dan umat islam khususnya pada masa akan datang jika kita terus hanyut di bawa arus dunia yang penuh dengan onak dan duri..

wasalam...